BANGUNKAN ISTANA DALAM SYURGA BUAT MU

Salamm..

Muga kita semua diberkati dan diredhai Allah sentiasa. Syurga adalah idaman semua mausia tapi adakah kita berusaha untuk mencapai apa yang kita idamkan? Tepuk dada tanya hati.

Kita perhatikanlah bertapa banyak generasi yang berlalu. Adakah mereka pergi membawa harta-benda mereka? Membawa istana-istana mereka? Pangkat serta kedudukan mereka? Apakah mereka dikuburkan dengan emas permata mereka? Apakah mereka berpindah ke akhirat dengan kereta-kereta dan pesawat-pesawat mereka? Maka sekali-kali TIDAKKKKK…..Bahkan mereka ditelanjangi dari baju dan penutup, dimasukkan dengan kain kafan ke liang kubur, kemudian mereka ditanya: “ Siapakah Tuhanmu? Siapakah nabimu? Apakah agamamu?

Oleh kerana itu bersiap-siaplah dan bekalilah kita semua untuk menghadapi hari itu. Janganlah kita bersedih hati atau kecewa kerana kehilangan sesuatu dari harta duniawi, kerana ‘sesungguhnya harta duniawi adalah barang yang tidak bernilai dan pasti akan lenyap selain amal soleh’.

Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman:

” Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.( Surah an- Nahl: 97)

MENUJU KAABAH

Salam..

Syukur kepada Allah pada 2008 saya terpilih menunaikan haji. Ini adalah haji dan umrah yang pertama. Setiap kali tiba musim haji hati ini cukup terasa apabila kawan-kawan , sahabat handai dll pergi ke Mekah. Masa inilah terfikir bilalah sampai masauntuk  saya  ke sana. Ini kerana saya masih ingat lagi pada mula-mula belajar menabung masa tu kelas(darjah) tiga nak tahu pada tahun berapa? iaitu tahun1976 sudah pasang niat menabung bukan untuk lain hanya untuk ke Mekah. Dari situlah hati ini sentiasa berazam untuk menabung tapi hanya Allah mengizinkan ke Mekah pada tahun 2008. Syukurrrrrr.

Saya bertolak ke mekah pada 20/11/2008 ,penerbangan saya ke Mekah melalui penerbangan terus Terangganu- ke Jeddah ini adalah tahun pertama jemaah haji ada penerbangan terus yang dikendalikan oleh MAS. Pejalanan saya ke Jeddah 8 jam 30 minit. saya berihram di Terangganu lagi.

Sebelum subuh kami sampai di Jedah dan bertolak ke Mekah dengan bas 1 jam 30 minit sampai ke Mekah dan solat Subuh. Kami semua berniat Ihram atas kapal. Kami tinggal di Maktab 78 di  Hotel Qurtubah Barakat. Syukur kami adalah jemaah haji kira paling dekat dengan Masjid Haram. Kami jemaah muassah. Kami tidak dibenarkan ke masjid sehinggalah dibawa oleh pihak Muassah. Maka kami di bawa ke masjid ikut beramai-ramai.

Kami masuk ikut pintu 79 , saya berjalan terus orang yang membawa kami , mula-mula masuk masjid sukanya hati ini kerana masjid yang selalu ditengok di TV dan gambar-gambar selama ini saya sudah masuk dan tengok sendiri. Masa berjalan untuk Tawaf waktu inilah hati ini terdetik inikah Kaabah? Ya Allah Kabaah sekarang didepanku..tidak boleh gambar macam mana waktu itu.

Pada keliling pertama Tawaf  inilah hatiku sebak tidak terkata cuma linaangan air mata yang keluar begitu laju setiap keliling, kerana saya bersyukur kepada Allah dengan rezki yang diberi dan terpaksa berjimat bertahun-tahun kerana semata untuk Ke Mekah. Juga niat saya untuk ke Mekah di usia 40 han Allah makbulkan.. syukurrrrrrr. air mata masih lagi laju apabila boleh solat sunnat Tawaf  depan Makam Ibrahim..

Rombongan kami sudah terpisah semuanya . Saya bersama teman berdua terpaksa mencari-cari di mana untuk Saie Safa-Marwah nasib baik saya pandai cakap arab sikit maka jumpalah tempat Saie. Syukurrr maklumlah pertama kali ke Masjid Haram. apabila sudah Saie saya bergunting maka selesailah umrah saya. Menuju Kaabah saya telah berhasill. Alhamdulillah.

Saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih pada semua pihak yang membantu dan menolong saya menunaikan haji terutama Kak Nab( Cikgu Che Nab) dan Abang Mat yang menjadi mahram saya, terima kasih atas segala-galanya . Rakan sebilik mak cik hindun, cikgu madihah, kak yah dan kak cik saya mohon maaf semuanya. Buat kawan yang bernama CiKgu Salina Nani terima kasih.

Terburuk dalam Sejarah?

Salam…

Saya harap muga semua sihat dan bertenang dengan isu-isu yang hangat sekarang ini. Sudah lama tak menulis bukan apa baru balik Mekah.Hari ini rasa pulak nak menulis sebab melihat mangsa kebakaran di Australia semakin meningkat hari ke hari dan hari ini dilaporkan 181 orang yang terbunuh dan dijangka akan terus meningkat. Perdana Menteri Kevin Rudd menganggapkan kebakaran ini sebagai kejadian “pembunuhan beramai-ramai” dan beliau juga berkata, Kebakaran terburuk dalam sejarah Australia dan juga mengatakan Penduduk Victoria telah didatangi neraka dengan segala kemusnahan dalam tempoh 24 jam.”

Sekarang sudah lebih 750 rumah musnah dan keluasan 3,500 kilometer persegi belukar terbakar termasuk 20 bandar musnah sama sekali. Anggota bomba yang bertugas seramai 3,400 orang. Dianggap 20 peratus kebakaran ini adalah perbuatan khianat atau disengajakan dan sesiapa yang didapati bersalah akan dituduh membunuh.

Apabila melihat perdana menteri berucap begitu sedih dengan apa yang berlaku tersentuh hati saya. Dengan tiba-tiba teringat ada pepatah mengatakan” API SEMASA KECIL MENJADI KAWAN DAN BILA BESAR MENJADI LAWAN” . Oleh itu kita sama-samalah berdoa semuga kebakaran ini dapat dipadamkan. Dalam masa yang sama apa yang berlaku PERAK juga Terburuk Dalam Sejarah Malaysia.

Neraka yang disebut oleh Perdana Menteri Australia itu kita tahu jauh bezanya dengan yang sebenar kita sudah tidak dapat mengawalnya apa tah lagi Neraka yang sebenar tidak ada yang dapat menolong kita. Oleh itu kita semua sentiasalah mohon keampunan dari Allah.

MUSIM HAJI

Salam ..

Saya berharap semua pembaca sihat dan diberkati serta diredhai Allah. Kita semua tahu tak lama lagi kita akan menyambut hari raya haji( raya korban). sekarang ini semua orang yang berkemampuan sibuk mencari lembu untuk dikorbankan. muga semua amalan kita diterima Allah.

Sekarang ini sibuk ziarah orang pergi haji( menunaikan haji ke Mekah) . Seronok dan bersyukurnya pada Allah bagi orang yang dapat pergi buat haji. Tapi bagi yang tidak dapat muga-muga tahun depan dapat pergi. Kita semua tahu untuk pergi haji syarat utama ialah KEMAMPUANAN. Oleh ini kepada yang tidak mampu lagi muga berusaha dan InsyAllah muga dimakbulkan Allah.

Kemampuan ini melibatkan semua kita dengan Allah dan Manusia . oleh itu semuga yang dapat menunaikan haji tahun ini mendapat HAJI MABRUR. INSYALLAH.

Di sini saya mohon kepada semua pembaca yang mengenali saya mohon maaf andai ada salah silap dan doakan keselamatan,kesihatan,kemudahan saya serta mendapat haji mabrur. InsyAllah saya akan bertolak ke Mekah Pada 22 zulkaedah 1429h/ 20 Nov 2008. Maaf semua

GANJARAN BESAR PUASA ENAM SYAWAL

SALAM….EID MUBARAK

Syukur kerana kita semua sudah berjaya berpuasa sebulan di bulan Ramadhan dan menyambut raya dengan penuh meriah. Di sini saya mengharapkan kita semua dapat menunaikan puasa 6(enam) Syawal kerana ganjarannya besar.

” Sesiapa berpuasa sepanjang Ramadhan, kemudian diikuti dengan puasa enam hari Syawal, maka seakan-akan dia berpuasa selama satu tahun” ( Muslim, Abu Dawud, An-Nasa’i dan Ibnu Majah)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Allah telah mengandakankan setiap kebaikan dengan  sepuluh kali ganda. Puasa Ramadhan setara dengan berpuasa sebanyak sepuluh bulan. Dan puasa enam hari Syawal yang mengenapkannya satu tahun.” ( Riwayat An-Nasa’i dan Ibnu Majah)

Hadis ini  mempamerkan bahawa ganjaran diberikan Allah itu sepuluh kali ganda. Ini bermakna jika kita berpuasa selama 30 hari pada Ramadhan, maka digandakan menjadikan 300 hari, manakala puasa enam hari Syawal digandakan menjadi 60 hari. Ganjaran Allah adalah sebanyak 360 hari.

Puasa Enam Syawal boleh dilakukan dengan pelbagai cara iaitu seperti berikut:

> Sebahagian ulama berpendapat puasa enam boleh dilakukan secara berselang-seli.

> Majoriti ulama berpendapat puasa enam dilakukan secara berturut-turut selepas hari raya.

Berikut pula cara bagaimana seseorang hendak mengada puasa di bulan Syawal ada berberapa pendapat iaitu:

> Pendapat pertama mengatakan adalah memadai seseorang yang ingin melakukan puasa qada dan puasa enam dengan berniat hanya puasa qada pada Syawal. Mereka akan mendapat dua ganjaran sekali gus dengan syarat dia perlu berniat puasa qada terlebih dahulu.

> Pendapat kedua ialah jika seseorang melakukan kedua-duanya secara berasingan akan mendapat kelebihan di sisi Allah.

> Sesetengah ulama berpendapat bahawa puasa enam seharusnya didahulukan kerana ia hanya boleh diamalkan pada bulan sywal sahaja.Bagi puasa qada , ia boleh  dilakukan dalam tempoh 10 bulan berikutnya sebelum tibanya Ramadhan berikutnya.

Oleh itu saya menyeru pada semua tunaikan puasa enam syawal ini….

KENANGAN RAYA KAT LUBNAN

Salam idul fitri..

Salam pada semua dan selamat menyambut hari raya dan mohon maaf atas segala salah silap. Lama saya tak menulis rasa malam raya ini rasa nak menulis pulak..bukan apa rasanya cuma kenangan raya kat Lubnan menjadi kenangan yang selalu bermain difikiran apabila setiap raya tiba.

Berpuasa di Lubnan cuma kami berdua ( saya dan Syima’) di Tripoli Lubnan tapi hidup mewah sepanjang Ramadhan bukan apa kami dapat banyak barang sedekah dari masyarakat arab di situ. Kami sepanjang Ramadhan jarang makan kat rumah sebab banyak jemputan berbuka.

Apabila Ramadhan berlabuh..Syawal tiba ini adalah kali pertama saya beraya tanpa keluarga. Hanya Allah saja yang tahu pada pagi raya. kami solat raya kat masjid dan masa lepas solat inilah hati cukup sayu kerana tiada tempat nak pergi, kalau kat kampung jalan rumah sanak saudara. tapi di sini rumah semuanya bertingkat-tingkat. Dengan langkah lesu di pagi raya nak balik rumah terjumpa dengan pelajar di universiti yang kami belajar dia jemput kami ke rumahnya..rupa-rupanya maknya masih tidur maklumlah beranak kecil. Di sini kami dihidang susu lembu segar campur dengan kopi Alhamdulillah..

Balik rumah rehat sepanjang hari dan malam dijemput ke rumah mak angkat maka terrasalah kemeriahan raya balik pukul 12 malam…perut he..hee maklumlah makanan arab. Esoknya pagi-pagi lagi kami dijemput oleh mak dan abang Imad Lubnan beraya di rumah dia dan di Lubnan inilah kami dibawa ke pantai beraya kat pantai. Seronok jugak sambil makan kat pantai.. Ada jugak orang cara dan layan kami dengan baik.

Oleh setiap kali tiba Syawal kenangan raya kat Lubnan rasa baru semalam.. SELAMAT HARI RAYA UNTUK SEMUA MUSLIMIM DAN MUSLIMAT DI MANA BERADA MOHON MAAF DARI SAYA.

16 SEPTEMBER REALITI ATAU FANTASI???

Salam..

Enam hari lagi 16. Sep.08. Inilah berita yang tidak habis diperkatakan. Sekarang ini dikalutkan dengan isu perkauman yang ditimbulkan oleh Datuk Ahmad Ismail dan keputusan yang dibuat oleh Umno digantung keahlian selama 3 tahun . Begitu juga kita banyak menbincangkan tentang lawatan 49 MP BNBBC ke Taiwan. Apa pun yang berlaku adalah fokus pada 16  September 2008.

Hari ini pula DSAI ke mahkamah sebab kes  tuduhan liwat tapi 24 Sep. pula sebutan kesnya. Oleh ini hati ini tertanya-tanya adakah 16 September 2008 PAKATAN RAKYAT ambil alih kuasa menjadi REALITI ATAU FANTASI???? Oleh itu sama-samalah kita tunggu dan lihat…

HIKMAT PUASA

Salam..

Sepatutnya saya tulis hikmat puasa awal Ramadhan tapi dah nak masuk hari ke 9 baru nak menulis, walau bagaimanapun muga dapatlah sedikit sebanyak dapat manfaatnya.

Puasa itu banyak mempunyai hikmat atau rahsia sama ada di dalam segi rohaniah,jasmaniah dan kemasyrakatan. Dalam segi kerohaniah ia boleh menundukkan nafsu yang jahat. Yakni naluri atau perasaan yang mendorongkan kepada kejahatan. Sebenarnya ibadat ini bukan sahaja terdapat di dalam syariat Islam bahkan di dalam syariat-syariat  lain ada mempunyai ibadat ini walaupaun caranya berlainan.

Puasa sebagai latihan rohaniah yang mana tiap-tiap muslim menahan diri daripada nafsu perut, nafsu kejantinaan dan untuk mencegah daripada moral yang rendah. Seseorang muslim yang benar-benar berpuasa tidak mencela. tidak mencaci, tidak mengumpat, tidak bercakap kotor dan tidak mengikut keinginan nafsu yang rendah. Inilah cara paling berkesan untuk membentuk peribadi yang mulia.

Demikian juga puasa boleh melemahkan tekanan nafsu yang keras, kerana orang sentiasa kenyang akan bertambah keras syahwatnya. Jadi dengan ibadat ini dapat menurunkan tekanan nafsu tersebut.

Oleh itu Rasulullah s.a.w. memberi bimbingan terhadap orang-orang muda yang kuat nafsu supaya berkahwin jika mereka mempunyai belanja dan jika tidak mempunyai belanja untuk berkahwin hendaklah berpuasa, kerana puasa itu boleh mengurangkan tekanan syahwat.

Dalam segi kedoktoran dan kesihatan serta  rawatan penyakit memang puasa itu sangat berfaedah . Perut manusia itu seperti atau diibaratkan sebagai engin motokar. Maka jika enjin itu sentiasa berjalan tentulah cepat rosak,begitulah juga perut dan alat-alat pencernaan manusia perlu diberi kerehatan selama sebulan dalam setahun guna membersih dan membetulkan perjalanan alat-alat pencernaan,jika tidak akan cepat terkena penyakit.

Puasa juga memberi kesan mengurangkan berat badan atau mengurangkan gemuk,kerana apabila banyak makan tentulah bertambah gemuk dan bertambah banyak nisbah di dalam tubuh. Kegemukan yang memlebihi dari bentuk tubuh akan membawa banyak penyakit yang merbahaya seperti kencing manis, darah tinggi, lemah jantung dan sebagainya.

Al-Tabrani telah meriwayatkan hadits daripada Abu Hurairah Radiallah Huanhu, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

Maksudnya: Berperanglah kamu nescaya dapat rampasan perang, berpuasalah kamu nescaya kamu sihat dan musafirlah kamu nescaya kamu senang.

Faedah-faedah dari segi kemasyarakatan ialah memupuk perasan rahmat dan kasihan belas terhadap golongan miskin atau orang yang tidak mampu, dengan berpuasa supaya tiap-tiap orang muslim merasa lapar dan dahaga dalam jangka waktu-waktu tertentu. Dengan ini maka timbullah rasa belas kasihan terhadap masyarakat yang miskin.

Nabi Yusuf a.s. sentiasa berpuasa walhal beliau menjadi pengerusi perbekalan negara Mesir pada zamannya. Ada orang bertanya kepadanaya:”Kenapa tuan berpuasa padahal tuan menjadi pengerusi perbekalan negara? ” Jawab beliau ” Aku takut kekenyangan kerana kekenyangan itu boleh melupakan nasib orang-orang yang lapar”

Di antara hikmat puasa dalam segi rohaniah juga ialah memuliakan bulan Ramadhan, kerana bulan inilah mula diturunkan Al-Quran Al-Karim kepada Baginda Rasulullah s.a.w. Allah Taala menggalakkan tiap-tiap muslim supaya melakukan ibadat yang lebih dan mewajibkan puasa pada bulan ini,untuk menambah lagi ganjaran pahala kepada hambaNya dan  sebagai mengambil sempena dengan mula-mula penurunan Al-Quran yang menjadi perlembagaan hidup bagi manusia untuk mencapai kebahagiaan di dalam dunia dan akhirat.

Di antara hikmatnya yang lain manguatkan peribadi. Seorang pengarang berbangsa Jerman bernama Jeharadat menulis buku yang mana di dalam tulisannya beliau memuji hikmat puasa, di antara lain katanya: ” Untuk menguatkan perasaan dan jiwa hendaklah jadikan puasa itu sebagai pokok atau dasar hidup, kerana ianya  menjadi cara yang berkesan untuk meninggalkan pengaruh rohaniah ke atas jasmaniah. Dengan demikian  manusia boleh menguasai dirinya ia tidak menjadi hamba kepada naluri kebendaan. Amin

Muga Ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya.

UMNO OH.. UMNOOO…

Salam..

Saya ucapkan selamat berpuasa untuk semua. Kita baru saja menyambut kemerdekaan dan disambut pula dengan bulan Ramadhan al.Mubarak. Muga kita semua dapat menunaikan ibadat puasa dengan pahala 100%. InsyAllah.

UMNO OH..UMNO ini yang menganggu saya , apa tidaknya selepas kalah di Permatang Pauh macam – macam cerita tentang UMNO. Pak Lah cakap kalau harga minyak dipasaran antarabagsa turun maka minyak kita akan turun 15 sen, apa pun UUMNO buat rakyat terima tapi ingatlah bahawa rakyat Malaysia sekarang ini cerdik , UMNO jangan fikir rakyat seperti KERBAU DICUCUK HIDUNG buleh buat apa saja. Akibat kenaikan harga minyaklah rakyat sekarang menanggung derita akibat kenaikan harga barang. UMNO tolonglah fikir-fikirkan..

Sekarang ini di bulan yang penuh berkat ini macam-macam perkara yang berlaku pada  ahli UMNO . Kemarin kita semua dikejutkan dengan simbahan asid ke atas seorang datuk di Kota Baharu, Kes bunuh ketua UMNO cawangan dengan jarak dekat dan yang terbaru kes rasuah ADUN . Ini semua tidak sepatutnya berlaku di bulan yang penuh berkat ini. Tapi kita semua tahu beginilah setiap kali adanya pemilihan pucuk pimpinan UMNO ada pelbagai jenayah yang berlaku terutama RASUAH, BUNUH, TUMBUK MENUMBUK DAN SEBAGAINYA. Oleh itu para ahli UMNO janganlah menjadikan jawatan perkara yang utama. Ingatlah kita bukan hendak menungkat langit di BUMI ALLAH INI.

Timbul pula untuk penjenamaan semula UMNO, buat apa pun selagi dasar dan orang yang ada dalam UMNO sama maka UMNO tetap UMNO. Harap UMNO menjadikan agama berkara yang utama maka tidak timbullah perkara yang dilarang oleh Allah  berlaku kepada UMNO. SEDARLAH UMNO . Kita semua akan lihat apa lagi akan berlaku apabila pemilihan MT UMNO….

SHAHRIZAT ISYTIHAR JIHAD PERMATANG PAUH??

Salam..

Lama saya tak menulis bukan apa sibuk dengan pelbagai kerja. Hari rasa nak menulis sebab teringat Shahrizat isytihar jihad melawan Anuar di Permatang Pauh. Dari pada ulasanya perlu jihad sebab bagi menghalang Anuar mencapai impian dan kejayaan peribadi. Beliau mengatakan perlu menyekat dan jihad bagi menghalang Anuar yang boleh menggugat kestabilan politik negara dan membawa negara kearah kehancuran.

Saya juga tiba-tiba terfikir dan teringat masa PRU 12 pun UMNO isytihar jihad juga pada kerajaan Kelantan. Saya rasa mereka ini tidak berapa faham apa dia jihad sebenar. Contohnya Kelantan apa yang dibuat oleh Kerajaan Kelantan yang salah atau melanggar ajaran Islam yang kita semua anuti sampai isytihar juga untuk jihad. Kita boleh lihat gambar Pak Lah dan Anuar Musa dengan tunjuk jari ” Satu Undi Untuk Kelantan” tapi bukan undi yang dapat 5 negeri terlepas.

Oleh itu untuk Shahrizat berjihadlah untuk wanita UMNO supaya mengikut perintah Allah supaya menutup aurat ,jangan pakai tudung nampak rambut dengan baju ketat. Tolong jihad mereka ini jangan masa sembahyang saja tidak nampak rambut seurat pun takut tak sah sembahyang tapi lepas sembahyang buka semuanya.

Kita akan lihat apa akan terjadi pada 26.8. 2008???

« Older entries Newer entries »