KAHWIN 4 SEKALI GUS

Salam,
Semalam apabila tenguk berita tv. ada berita seorang lelaki kawin 4 sekali gus terkejut juga.

Pagi ini ada kesempatan baca akhbar terbaca tentang lelaki tersebut.Apa yang saya ini berkongsi apabila membaca kenyataan Milton Mbhele pengantin lelaki dia buat begini untuk jimat wang dan yang utama ialah mengelak menipu isteri dengan melakukan hubungan sulit.
” Hakikatnya wang saya pasti habis jika memiliki seorang isteri dan 30 teman wanita”
Oleh itu kita sebagai orang Islam ikutlah jalan-jalan yang diperinta oleh ALLah. Jangan ikut selera kita , ingat matiii…

Puasa Sunat Enam Hari Pada Bulan Syawal

Salam,
Sabda Rasulullah s.a.w:

“Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan lalu diiringi dengan puasa enam hari di bulan Syawal, seolah-olah dia telah berpuasa setahun.” – Hadis riwayat Muslim di dalam Sahihnya, no: 1164.

Demikianlah keutamaan puasa sunat enam hari di bulan Syawal. Cara yang paling afdal untuk melaksanakannya adalah memulakan berpuasa sesudah hari raya Aidilfitri secara berturut-turut (bermula pada 2 Syawal) sebagaimana yang ditetapkan oleh para ulama.

Ini juga merupakan pendapat Imam Abu Hanifah dan Imam Syafie r.h. Namun, seseorang bebas memilih mana-mana hari sepanjang bulan Syawal sama ada di awal, pertengahanmahupun di akhirnya bahkan dia juga boleh mengerjakan secara berturut-turut atau berpisah-pisah.

Amalan sesetengah pihak yang melakukan puasa qada dan sunat Syawal secara serentak mengikut formula dua dalam satu merupakan perbuatan bid’ah yang tidak ada dalilnya dari mana-mana hadis Nabi s.a.w yang thabit.

Oleh itu, afdhal menyempurnakan puasa bulan Ramadan yang ditinggalkan terlebih dahulu diikuti puasa sunat di bulan Syawal. Perbuatan ini lebih bertepatan dengan maksud hadis di atas untuk mendapat keutamaannya, iaitu seolah-olah berpuasa setahun.

Saya berharap kita sama berpuasa Enam, saya ini baru 2 hari.

HUKUM LELAKI BERINAI DAN HUKUM PEREMPUAN BERINAI

Salam,
Lelaki tidak boleh pakai Inai (henna) dijari kerana menginai
kuku adalah feminis. Fiqh Syafi’iy mengharamkan lelaki berinai di
kuku (alNawawi,alMajmu’: 1/292)
Inai bagi perempuan dibolehkan kerana tiada larangan dan wanita2
zaman salaf berinai dan Nabi saw tidak menegahnya, malah menyuruhnya:
Dalil: Dari Aisyah ra, ” Nabi melihat tangan di sebalik tirai dan
berkata, apakah ini tangan lelaki atau perempuan, maka dikatakan itu
tangan perempuan, maka Nabi pun bersabda,” jika kamu seorang
perempuan, pasti kamu akan mengubah warna kuku kamu (dgn inai).”
(Abu Daud, 4166) dan anNasa’iy (5092)
Maka tegahan wanita berinai atau henna itu adalah tidak benar.
tegahan itu sebenarnya utk lelaki kerana hadis Imam Ahmad, ‘ Allah
melaknat lelaki yg menyerupai perempuan” (alMusnad no 2984, dari Ibn
Abbas, disahihkan oleh ahmad syakir.)
Nasihat kepada kaum lelaki janganlan berinai terutamanya pengantin baru(nak bersanding). Ingatlah kematian tidak mengenal usia.

CARA-CARA MEMOTONG KUKU

Salam,
Sunat memotong kuku bermula daripada tangan kanan kemudian tangan kiri, memotong kuku kaki kanan kemudian kaki kiri.

Menurut Imam an-Nawawi, sunat memotong kuku bermula jari tangan kanan keseluruhannya daripada jari telunjuk sehinggalah jari kelingking dan diikuti ibu jari, kemudian tangan kiri daripada jari kelingking sehinggalah ibu jari.
Sementara kuku kaki pula, bermula kaki kanan daripada jari kelingking sehinggalah ibu jari kemudian kaki kiri daripada ibu jari sehinggalah kelingking.

Harus seseorang itu memotong kukunya dengan menggunakan gunting, pisau atau benda yang khas yang tidak menyebabkan mudharat pada kuku atau jari sepertimana yang dikenali sebagai alat pemotong kuku.

Setelah selesai memotong kuku, sayugia segera membasuh tangan (tempat kuku yang telah dipotong) dengan air. Ini kerana jika seseorang itu menggaru pada anggota lain, ditakuti akan menghidap penyakit kusta.
Semuga kita sama-sama mengamalkan.

Menurut kitab al-Fatawa al-Hindiyah dalam mazhab Hanafi bahawa makruh memotong kuku dengan menggunakan gigi kerana ia boleh mewarisi penyakit kusta.

Perbezaan Tahajjud dan Qiamullail

Banyak kali persoalan berkenaan dengan perbezaan tahajjud dan qiamullail diajukan kepada saya. Begitu juga dengan waktu permulaan bagi keduanya. Terbaru adalah soalan yang diajukan di dalam shoutbox. Oleh itu saya akan jawab dengan mengemukakan dalil dan pandangan ulama.

PERBEZAAN QIAMULLAIL DAN TAHAJJUD

Qiamullail: Setiap solat sunat yang dilakukan pada waktu malam.

Tahajjud: Setiap solat sunat yang dilakukan selepas tidur pada waktu malam.

Oleh itu setiap solat tahajjud adalah qiamullail dan tidak semestinya solat qiamullail itu solat tahajjud.

Dalilnya adalah hadis yang diucapkan oleh seorang sahabat Nabi saw , iaitu Hajjaj bin Amru ra beliau berkata:

بحسب أحدكم إذا قام من الليل يصلي حتى يصبح : أنه قد تهجد؟ إنما التهجد المرء يصلي الصلاة بعد رقدة ثم الصلاة بعد رسول الله وتلك كانت تلك صلاة رسول الله

” Adakah sesorang menyangka apabila dia menghidupkan malam dengan solat sehingga subuh itu sudah dikira tahajjud? Sesungguhnya tahajjud hanyalah solat malam selepas tidur. Kemudian solat selepas tidur. Itulah cara solat Rasulullah saw.” (Hr Thabrani )

Daripada Hajjaj bin Amru ra beliau berkata:

كان رسول الله يتهجد بعد نومه

“Rasulullah saw solat tahajjud selepas tidur.” (Hr Ibnu Abi Khaisamah – hasan)

Ulama Syafie dan Maliki memberi definasi solat tahajjud:

“Solat sunat pd waktu malam selepas tidur.”

PERMULAAN WAKTU SOLAT QIAMULLAIL

Rasulullah saw bersabda:

لا بد من صلاة بليل ولو حلب شاة وما كان بعد صلاة العشاء الآخرة فهو من الليل

“Solat malam adalah satu kemestian sekalipun sekadar perahan susu kambing biri-biri. Solat yang dilakukan selepas solat fardu isya adalah dikira solat malam.” (Hr Thabrani – daif)

Ulama telah berselisih pendapat pada masalah ini kepada dua pendapat:-

Pendapat pertama:

Solat qiamullail adalah solat sunat yang dilakukan selepas solat isya.
Ini adalah pendapat mazhab Hanafi dan sebahgian ulama syafie.

Pendapat kedua:

Tidak disyaratkan solat qiamullail itu dilakukan selepas isya’. Waktu solat qiamullail bermula apabila masuk waktu magrib.

Imam Bahuti berkata:

“Disunatkan Qiamullail. Waktunya bermula dari waktu magrib sehingga waktu subuh.”

PERMULAAN WAKTU TAHAJJUD

Ada dua pendapat mengenai perkara ini seperti berikut:

Pertama: Mazhab Syafie

Imam Syarwani berkata: Tahajud menurut istilah ulama syafie adalah sembahyang sunat yang dilakukan selepas solat isya sekalipun sebelum masuk waktu isya bagi yang melakukan jamak takdim dan hendaklah dilakukan selepas tidur. Tidak kira apa jua jenis solat sunat samada solat sunat rawatib atau solat-solat sunat yang lain.

Kedua: Mazhab hanafi.

MAzhab hanafi mensyaratkan untuk dikira solat tahajjud hendaklah dilakukan selepas masuknya waktu isya dan dilakukan selepas tidur.

WAKTU QIAM DAN TAHAJJUD RASULULLAH SAW

Aisyah ra telah menjawab soalan tentang solat malam Rasulullah saw:

كان ينام أوله ويقوم آخره فيصلي ثم يرجع إلى فراشه فإذا أذن المؤذن وثب فإن كان به حاجة اغتسل وإلا توضأ

“Nabi saw tidur pada awal malam kemudian bangun diakhir malam dan melakukan solat malam. Kemudian baginda akan berjimak dengan isterinya jika baginda berkeinginan sebelum baginda tidur semula. Bila azan berkemandang, baginda akan bangun dan mandi junub jika telah berjimak dan hanya berwuduk jika tidak berjimak.” (Hr bukhari dan Muslim)

WAKTU HABIS QIAMULLAIL

Kebanyakan ulama yang terdiri dari mazhab Syafie, Maliki, Hanafi dan Hambali mengatakan habisnya masa qiamulail dan tahajjud adalah bila masuk waktu subuh.

Aisyah ra telah berkata:

كان رسول الله صلى الله يصلي من الليل حتى يكون آخر صلاته الوتر

” Rasulullah saw solat pada waktu malam yang diakhiri dengan solat witir.” (Hr Muslim – sahih)

Ini menunjukkan solat Rasulullah saw berakhir sebelum masuk waktu subuh.

Pesanan Penting:

Hendaklan setiap muslim yang telah qiamullail dan tahajjud pada bulan ramadan meneruskan amalan mereka selepas ramadan. Janganlah kita merobohkan binaan amalan yang telah dibina di bulan Ramadan. Nabi saw bersabda:

يا عبد الله لا تكن مثل فلان كان يقوم الليل ثر ترك قيام الليل

“Wahai Abdullah, janganlah engkau menjadi seperti si fulan, dahulu dia melakukan qiamullail. Kemudian dia meninggalkannya.” (Hr Bukhari dan Muslim)

Begitu juga dengan amalan2 yang lain kita perlu teruskan dengan ikhlas.

Rujukan: Mawaqit Ibadah Zamaniah wal Makaniah oleh Dr Nizar Mahmud dan Fathul Bari oleh Ibnu Hajar Asqalani.

Syawal Sudah Tiba

Salam,
Saya ucapkan selamat hari raya untuk semua, muga puasa kita diterima oleh Allah.
Di sini saya merayu pada semua kalau boleh kita janganlah lupa atau lalai untuk berpuasa 6 hari di bulan Syawal. Kita tahu bertapa susahnya untuk mengamalkannya. Semuanya mudah kalau kita semua percaya balasan pahala yang cukup besar yang dijanjikan.
Saya cukup gembira apabila cucu2 dan anak2 saudara walaupun baru berumur 5 tahun dapat menunaikan puasa hampir penuh sebulan. Walaupun macam- macam kerenah sebelum berbuka, tapi dapat juga berpuasa.
Oleh Itu kita sebagai umat beriman dan berakal yang sentiasa bersolat dan sebagainya ADAKAH TAK MAMPU UNTUK MENERUSKAN PUASA ENAM? Selagi kita yakin kematian pasti dan balasan akhirat pasti, maka puasa 6 Syawal tidak menghalang kita untuk menunaikannya InsyALLAH.
Salam muga kita tergolong dalam golongan kanan,wsallam.

10 malam akhir Ramdhan

salam,
Selamat berpuasa dan selamat hari raya, lama saya tidak menulis. Bukan apa tidak ada waktu terluang.
Dikesempatan ini rasanya belum terlambat untuk menulis tentang 10 malam akhir Ramadhan , kita tahu bahawa semua umat Islam berlumba atau mengejar malam “LAILATULQADAR LEBIH BAIK DARIPADA 1000 BULAN”
Antara amalan Nabi SAW apabila 10 terakhir Ramadhan adalah:
1. Melakukan Qiamullail.
2. Mengerakkan keluarga untuk solat malam pada malam itu.
3. Tidak mendatangkan isteri ( daripada melakukan jimak).
4. Mandi antara Maghrib dan Isyak
5. Iktikaf di masjid
Semuga kita sama-sama berdoa dan berharap kita akan dapat dapat bertemu malam yang penuh keberkatan itu.
Saya ingin memohon maaf andai ada salah silap di hari dan bulan mulia ini .

Manik Urai….

Salam…
Manik Urai sekarang menjadi tempat yang paling top. Sekarang ada banyak bendera di tepi-tepi jalan cukup meriah. Sekarang juga rumah-rumah yang tidak didiami adanya orang yang menyewa…jadilah orang kaya segera bagi yang banyak rumah-rumah sewa. Sekarang juga kedai-kedai makan dan runcit semua ada peminat masing-masing. sekarang juga kedai lemang makin laku jualan dan semuanya hidup dengan adanya PRK Manik Urai penamaan calon 6.7.09 dan mengundi pada 14.7.09.
Sekarang juga nampak khemah putih banyak. Sekarang juga nampak persiapan untuk warga polis bertapak sepanjang PRk MU. Sekarang juga MU tiba-tiba hidup dan meriah dengan adanya ceramah dari parti-parti bertanding terutama PAS dan BN.
Sekarang jugalah kita dengar tentang pembangunan ,pembangunan,pembangunan inilah perkara yang jadi produk utama untuk pancing undi oleh BN.Sekarang jugalah isu ini dibawa semenjak BN memerintah lebih kurang 60 tahun. Kita kena tanya adakah orang atau pengundi MU masih mahu membeli produk lama dari BN?
Sekarang jugalah kita sama-sama berganding bahu berjuang untuk merpertahankan pimpinan Ulama dan mempertahankan MU.
Allah yang Maha Berkuasa atas segalanya.

Dr. Fathi Yakan Dalam Kenangan

Salam…
Lama sungguh saya tidak menulis, tapi hari ini adalah hari yang cukup sedih dan terkejut kerana ayah angkat saya kat Lubnan telah meninggal dunia. Semalam saya terima sms mengatakan Dr. Fathi sudah meninggal tapi saya tidak percaya dan saya cuba hubungi pensyarah dan adik angkat saya di sana tidak berjawab……Syukur pagi ini saya membuat panggilan alhmulillah dapat bercakap dan mengesahkan berita ini..Sedih sangat…bercakap sekejap dah terputus…
Apabila berita ini disahkan saya rasa baru semalam kami bersamanya. Terus saya tengok gambar-gambar yang kami ambil bersama aruah sepanjang setahun belajar di Lubnan iaitu Universiti Jinan kepunyaan aruah.
Mula-mula sampai di lubnan kami jumpa aruah di pejabatnya,ingat lagi aruah bawa bekas gula-gula bagi kepada kami dan setiap pagi kami berjumpa dengan aruah dan beliau akan menegur kami. Beliau tidak sombong jumpalah di mana pun pasti tegur kami.
Kalau kami tertinggal bas ke universiti beliau menyuruh pemandunya menghantar dengan kereta mercedesnya. Inilah seorang insan yang disegani.
Di Lubnan beliau terkenal dan disegani, keluarganya baik sangat terutama isterinya Dr. Muna yakan.beliau ada anak 4 perempuan seorang lelaki( Salim). Semua anak-anaknya bekerja di Universiti Jinan.
Semoga rohnya dicucuri rahmat. amin ( al.fatihah)

Wanita Mukmin dan Kafir Tidak Sama

Salam..

Dunia sekarang sudah banyak berubah, walaupun apa yang mausia buat semuanya bercanggah dengan ketentuan Allah, tetepi manusia yang Allah cipta boleh lalai, lupa dari mana asal kita sebenarnya. Oleh itu sedarlah tiada suatu kegembiraan pun yang kekal bagimu dan tiada suatu kesedihan pun dapat mengembalikan kepadamu sesuatu yang telah hilang.

Wanita Muslimah beriman,takut kepada Allah, berinfaq,berpuasa,mendirikan solat, menutup aurat, taat kepada suaminya,baik kepada tetangganya dan berkasih sayang terhadap anak-anaknya. Alangkah berbahagianya dan baginya adalah ketenangan, keredhan dan pahala yang besar dariNya.

Firma Allah Subhanahu wa Ta’ala:

‘ Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah kamu bersedih hati,padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi(darjatnya) jika kamu orang-orang yang beriman. ( Ali-Imran:139)

Oleh itu kita sebagai muslimah cuba menilai,mengira,meneliti adakah kita tergolong sebagai muslimah Islam yang dikehendaki oleh Allah seperti kreatiria di atas?

Wanita kafir suka mempamerkan kecantikannya dengan solekan jahiliyyah, naif, suka mempamerkan pakaian bagaikan barang yang tidak laku lagi murahan, tidak benilai sama sekali, tanpa mempunyai kerhormatan dan tidak mempunyai agama.

Jadi bandingkanlah antara kedua fenomena dan gambaran tersebut diatas  nescaya anda akan dapat menilai dimana anda sebenarnya….melakukan solat tetapi masih melakukan perkara yang diharamkan oleh Allah seperti membuka aurat dan yang paling ketara yang bergelar hajjah tetap membuka aurat tapi semasa di Mekah tutup lintup seurat rambut pun tak nampak takut tak sah tawaf dan sebaginya.

Oleh itu wahai wanita yang masih waras fikirlah masak-masak kemanakan tujuan sebenarnya ..Cuma Di Dunia saja atau Sampai Akhirat iaitu yang utama SYURGA ATAU NERAKA.

« Older entries

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.