Wanita Mukmin dan Kafir Tidak Sama

Salam..

Dunia sekarang sudah banyak berubah, walaupun apa yang mausia buat semuanya bercanggah dengan ketentuan Allah, tetepi manusia yang Allah cipta boleh lalai, lupa dari mana asal kita sebenarnya. Oleh itu sedarlah tiada suatu kegembiraan pun yang kekal bagimu dan tiada suatu kesedihan pun dapat mengembalikan kepadamu sesuatu yang telah hilang.

Wanita Muslimah beriman,takut kepada Allah, berinfaq,berpuasa,mendirikan solat, menutup aurat, taat kepada suaminya,baik kepada tetangganya dan berkasih sayang terhadap anak-anaknya. Alangkah berbahagianya dan baginya adalah ketenangan, keredhan dan pahala yang besar dariNya.

Firma Allah Subhanahu wa Ta’ala:

‘ Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah kamu bersedih hati,padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi(darjatnya) jika kamu orang-orang yang beriman. ( Ali-Imran:139)

Oleh itu kita sebagai muslimah cuba menilai,mengira,meneliti adakah kita tergolong sebagai muslimah Islam yang dikehendaki oleh Allah seperti kreatiria di atas?

Wanita kafir suka mempamerkan kecantikannya dengan solekan jahiliyyah, naif, suka mempamerkan pakaian bagaikan barang yang tidak laku lagi murahan, tidak benilai sama sekali, tanpa mempunyai kerhormatan dan tidak mempunyai agama.

Jadi bandingkanlah antara kedua fenomena dan gambaran tersebut diatasĀ  nescaya anda akan dapat menilai dimana anda sebenarnya….melakukan solat tetapi masih melakukan perkara yang diharamkan oleh Allah seperti membuka aurat dan yang paling ketara yang bergelar hajjah tetap membuka aurat tapi semasa di Mekah tutup lintup seurat rambut pun tak nampak takut tak sah tawaf dan sebaginya.

Oleh itu wahai wanita yang masih waras fikirlah masak-masak kemanakan tujuan sebenarnya ..Cuma Di Dunia saja atau Sampai Akhirat iaitu yang utama SYURGA ATAU NERAKA.

1 Komen

  1. ffataah berkata,

    25 Februari 2009 pada 7:03 am

    wanita adalah hiasan dunia,
    seindah hiasan adalah wanita solehah….!?


Kirim Komen