Salamm..
Muga kita semua diberkati dan diredhai Allah sentiasa. Syurga adalah idaman semua mausia tapi adakah kita berusaha untuk mencapai apa yang kita idamkan? Tepuk dada tanya hati.
Kita perhatikanlah bertapa banyak generasi yang berlalu. Adakah mereka pergi membawa harta-benda mereka? Membawa istana-istana mereka? Pangkat serta kedudukan mereka? Apakah mereka dikuburkan dengan emas permata mereka? Apakah mereka berpindah ke akhirat dengan kereta-kereta dan pesawat-pesawat mereka? Maka sekali-kali TIDAKKKKK…..Bahkan mereka ditelanjangi dari baju dan penutup, dimasukkan dengan kain kafan ke liang kubur, kemudian mereka ditanya: “ Siapakah Tuhanmu? Siapakah nabimu? Apakah agamamu?
Oleh kerana itu bersiap-siaplah dan bekalilah kita semua untuk menghadapi hari itu. Janganlah kita bersedih hati atau kecewa kerana kehilangan sesuatu dari harta duniawi, kerana ’sesungguhnya harta duniawi adalah barang yang tidak bernilai dan pasti akan lenyap selain amal soleh’.
Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman:
” Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.( Surah an- Nahl: 97)