Salam..
Saya ucapkan selamat berpuasa untuk semua. Kita baru saja menyambut kemerdekaan dan disambut pula dengan bulan Ramadhan al.Mubarak. Muga kita semua dapat menunaikan ibadat puasa dengan pahala 100%. InsyAllah.
UMNO OH..UMNO ini yang menganggu saya , apa tidaknya selepas kalah di Permatang Pauh macam – macam cerita tentang UMNO. Pak Lah cakap kalau harga minyak dipasaran antarabagsa turun maka minyak kita akan turun 15 sen, apa pun UUMNO buat rakyat terima tapi ingatlah bahawa rakyat Malaysia sekarang ini cerdik , UMNO jangan fikir rakyat seperti KERBAU DICUCUK HIDUNG buleh buat apa saja. Akibat kenaikan harga minyaklah rakyat sekarang menanggung derita akibat kenaikan harga barang. UMNO tolonglah fikir-fikirkan..
Sekarang ini di bulan yang penuh berkat ini macam-macam perkara yang berlaku pada ahli UMNO . Kemarin kita semua dikejutkan dengan simbahan asid ke atas seorang datuk di Kota Baharu, Kes bunuh ketua UMNO cawangan dengan jarak dekat dan yang terbaru kes rasuah ADUN . Ini semua tidak sepatutnya berlaku di bulan yang penuh berkat ini. Tapi kita semua tahu beginilah setiap kali adanya pemilihan pucuk pimpinan UMNO ada pelbagai jenayah yang berlaku terutama RASUAH, BUNUH, TUMBUK MENUMBUK DAN SEBAGAINYA. Oleh itu para ahli UMNO janganlah menjadikan jawatan perkara yang utama. Ingatlah kita bukan hendak menungkat langit di BUMI ALLAH INI.
Timbul pula untuk penjenamaan semula UMNO, buat apa pun selagi dasar dan orang yang ada dalam UMNO sama maka UMNO tetap UMNO. Harap UMNO menjadikan agama berkara yang utama maka tidak timbullah perkara yang dilarang oleh Allah berlaku kepada UMNO. SEDARLAH UMNO . Kita semua akan lihat apa lagi akan berlaku apabila pemilihan MT UMNO….