KENANGAN RAYA KAT LUBNAN

Salam idul fitri..

Salam pada semua dan selamat menyambut hari raya dan mohon maaf atas segala salah silap. Lama saya tak menulis rasa malam raya ini rasa nak menulis pulak..bukan apa rasanya cuma kenangan raya kat Lubnan menjadi kenangan yang selalu bermain difikiran apabila setiap raya tiba.

Berpuasa di Lubnan cuma kami berdua ( saya dan Syima’) di Tripoli Lubnan tapi hidup mewah sepanjang Ramadhan bukan apa kami dapat banyak barang sedekah dari masyarakat arab di situ. Kami sepanjang Ramadhan jarang makan kat rumah sebab banyak jemputan berbuka.

Apabila Ramadhan berlabuh..Syawal tiba ini adalah kali pertama saya beraya tanpa keluarga. Hanya Allah saja yang tahu pada pagi raya. kami solat raya kat masjid dan masa lepas solat inilah hati cukup sayu kerana tiada tempat nak pergi, kalau kat kampung jalan rumah sanak saudara. tapi di sini rumah semuanya bertingkat-tingkat. Dengan langkah lesu di pagi raya nak balik rumah terjumpa dengan pelajar di universiti yang kami belajar dia jemput kami ke rumahnya..rupa-rupanya maknya masih tidur maklumlah beranak kecil. Di sini kami dihidang susu lembu segar campur dengan kopi Alhamdulillah..

Balik rumah rehat sepanjang hari dan malam dijemput ke rumah mak angkat maka terrasalah kemeriahan raya balik pukul 12 malam…perut he..hee maklumlah makanan arab. Esoknya pagi-pagi lagi kami dijemput oleh mak dan abang Imad Lubnan beraya di rumah dia dan di Lubnan inilah kami dibawa ke pantai beraya kat pantai. Seronok jugak sambil makan kat pantai.. Ada jugak orang cara dan layan kami dengan baik.

Oleh setiap kali tiba Syawal kenangan raya kat Lubnan rasa baru semalam.. SELAMAT HARI RAYA UNTUK SEMUA MUSLIMIM DAN MUSLIMAT DI MANA BERADA MOHON MAAF DARI SAYA.

16 SEPTEMBER REALITI ATAU FANTASI???

Salam..

Enam hari lagi 16. Sep.08. Inilah berita yang tidak habis diperkatakan. Sekarang ini dikalutkan dengan isu perkauman yang ditimbulkan oleh Datuk Ahmad Ismail dan keputusan yang dibuat oleh Umno digantung keahlian selama 3 tahun . Begitu juga kita banyak menbincangkan tentang lawatan 49 MP BNBBC ke Taiwan. Apa pun yang berlaku adalah fokus pada 16  September 2008.

Hari ini pula DSAI ke mahkamah sebab kes  tuduhan liwat tapi 24 Sep. pula sebutan kesnya. Oleh ini hati ini tertanya-tanya adakah 16 September 2008 PAKATAN RAKYAT ambil alih kuasa menjadi REALITI ATAU FANTASI???? Oleh itu sama-samalah kita tunggu dan lihat…

HIKMAT PUASA

Salam..

Sepatutnya saya tulis hikmat puasa awal Ramadhan tapi dah nak masuk hari ke 9 baru nak menulis, walau bagaimanapun muga dapatlah sedikit sebanyak dapat manfaatnya.

Puasa itu banyak mempunyai hikmat atau rahsia sama ada di dalam segi rohaniah,jasmaniah dan kemasyrakatan. Dalam segi kerohaniah ia boleh menundukkan nafsu yang jahat. Yakni naluri atau perasaan yang mendorongkan kepada kejahatan. Sebenarnya ibadat ini bukan sahaja terdapat di dalam syariat Islam bahkan di dalam syariat-syariat  lain ada mempunyai ibadat ini walaupaun caranya berlainan.

Puasa sebagai latihan rohaniah yang mana tiap-tiap muslim menahan diri daripada nafsu perut, nafsu kejantinaan dan untuk mencegah daripada moral yang rendah. Seseorang muslim yang benar-benar berpuasa tidak mencela. tidak mencaci, tidak mengumpat, tidak bercakap kotor dan tidak mengikut keinginan nafsu yang rendah. Inilah cara paling berkesan untuk membentuk peribadi yang mulia.

Demikian juga puasa boleh melemahkan tekanan nafsu yang keras, kerana orang sentiasa kenyang akan bertambah keras syahwatnya. Jadi dengan ibadat ini dapat menurunkan tekanan nafsu tersebut.

Oleh itu Rasulullah s.a.w. memberi bimbingan terhadap orang-orang muda yang kuat nafsu supaya berkahwin jika mereka mempunyai belanja dan jika tidak mempunyai belanja untuk berkahwin hendaklah berpuasa, kerana puasa itu boleh mengurangkan tekanan syahwat.

Dalam segi kedoktoran dan kesihatan serta  rawatan penyakit memang puasa itu sangat berfaedah . Perut manusia itu seperti atau diibaratkan sebagai engin motokar. Maka jika enjin itu sentiasa berjalan tentulah cepat rosak,begitulah juga perut dan alat-alat pencernaan manusia perlu diberi kerehatan selama sebulan dalam setahun guna membersih dan membetulkan perjalanan alat-alat pencernaan,jika tidak akan cepat terkena penyakit.

Puasa juga memberi kesan mengurangkan berat badan atau mengurangkan gemuk,kerana apabila banyak makan tentulah bertambah gemuk dan bertambah banyak nisbah di dalam tubuh. Kegemukan yang memlebihi dari bentuk tubuh akan membawa banyak penyakit yang merbahaya seperti kencing manis, darah tinggi, lemah jantung dan sebagainya.

Al-Tabrani telah meriwayatkan hadits daripada Abu Hurairah Radiallah Huanhu, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

Maksudnya: Berperanglah kamu nescaya dapat rampasan perang, berpuasalah kamu nescaya kamu sihat dan musafirlah kamu nescaya kamu senang.

Faedah-faedah dari segi kemasyarakatan ialah memupuk perasan rahmat dan kasihan belas terhadap golongan miskin atau orang yang tidak mampu, dengan berpuasa supaya tiap-tiap orang muslim merasa lapar dan dahaga dalam jangka waktu-waktu tertentu. Dengan ini maka timbullah rasa belas kasihan terhadap masyarakat yang miskin.

Nabi Yusuf a.s. sentiasa berpuasa walhal beliau menjadi pengerusi perbekalan negara Mesir pada zamannya. Ada orang bertanya kepadanaya:”Kenapa tuan berpuasa padahal tuan menjadi pengerusi perbekalan negara? ” Jawab beliau ” Aku takut kekenyangan kerana kekenyangan itu boleh melupakan nasib orang-orang yang lapar”

Di antara hikmat puasa dalam segi rohaniah juga ialah memuliakan bulan Ramadhan, kerana bulan inilah mula diturunkan Al-Quran Al-Karim kepada Baginda Rasulullah s.a.w. Allah Taala menggalakkan tiap-tiap muslim supaya melakukan ibadat yang lebih dan mewajibkan puasa pada bulan ini,untuk menambah lagi ganjaran pahala kepada hambaNya dan  sebagai mengambil sempena dengan mula-mula penurunan Al-Quran yang menjadi perlembagaan hidup bagi manusia untuk mencapai kebahagiaan di dalam dunia dan akhirat.

Di antara hikmatnya yang lain manguatkan peribadi. Seorang pengarang berbangsa Jerman bernama Jeharadat menulis buku yang mana di dalam tulisannya beliau memuji hikmat puasa, di antara lain katanya: ” Untuk menguatkan perasaan dan jiwa hendaklah jadikan puasa itu sebagai pokok atau dasar hidup, kerana ianya  menjadi cara yang berkesan untuk meninggalkan pengaruh rohaniah ke atas jasmaniah. Dengan demikian  manusia boleh menguasai dirinya ia tidak menjadi hamba kepada naluri kebendaan. Amin

Muga Ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya.

UMNO OH.. UMNOOO…

Salam..

Saya ucapkan selamat berpuasa untuk semua. Kita baru saja menyambut kemerdekaan dan disambut pula dengan bulan Ramadhan al.Mubarak. Muga kita semua dapat menunaikan ibadat puasa dengan pahala 100%. InsyAllah.

UMNO OH..UMNO ini yang menganggu saya , apa tidaknya selepas kalah di Permatang Pauh macam – macam cerita tentang UMNO. Pak Lah cakap kalau harga minyak dipasaran antarabagsa turun maka minyak kita akan turun 15 sen, apa pun UUMNO buat rakyat terima tapi ingatlah bahawa rakyat Malaysia sekarang ini cerdik , UMNO jangan fikir rakyat seperti KERBAU DICUCUK HIDUNG buleh buat apa saja. Akibat kenaikan harga minyaklah rakyat sekarang menanggung derita akibat kenaikan harga barang. UMNO tolonglah fikir-fikirkan..

Sekarang ini di bulan yang penuh berkat ini macam-macam perkara yang berlaku pada  ahli UMNO . Kemarin kita semua dikejutkan dengan simbahan asid ke atas seorang datuk di Kota Baharu, Kes bunuh ketua UMNO cawangan dengan jarak dekat dan yang terbaru kes rasuah ADUN . Ini semua tidak sepatutnya berlaku di bulan yang penuh berkat ini. Tapi kita semua tahu beginilah setiap kali adanya pemilihan pucuk pimpinan UMNO ada pelbagai jenayah yang berlaku terutama RASUAH, BUNUH, TUMBUK MENUMBUK DAN SEBAGAINYA. Oleh itu para ahli UMNO janganlah menjadikan jawatan perkara yang utama. Ingatlah kita bukan hendak menungkat langit di BUMI ALLAH INI.

Timbul pula untuk penjenamaan semula UMNO, buat apa pun selagi dasar dan orang yang ada dalam UMNO sama maka UMNO tetap UMNO. Harap UMNO menjadikan agama berkara yang utama maka tidak timbullah perkara yang dilarang oleh Allah  berlaku kepada UMNO. SEDARLAH UMNO . Kita semua akan lihat apa lagi akan berlaku apabila pemilihan MT UMNO….