SALAM..
Hari ini adalah tarikh yang istimewa 08.08.08, maka banyaklah kita semua menjadikan tarikh ini untuk hari bersejarah dan kenangan…makaaa …yang jadi korban adalah lembu,kambing,ayam dan sebagainya untukkk…kenduri kahwin…dengan inilah saya cuma makan 2 tempat dan 2 tempat pergi ziarah saja dan 1 tempat lagi tak sempat pergi..
Masuk saja bulan Syabaan ingatanku pada kisah masa belajar kat Lubnan dulu, pada satu hari kami diajak untuk mengikuti rombongan universiti..tapi saya pun tak tahu untuk apa rombongan ini dan hendak ke mana , kira setuju saja..
Maka hari yang ditunggu tiba jadi naiklah bas..jadi atas bas saya dan kawan-kawan tanya ini program apa dijawab SIRAM RAMADHAN.. 2 atau 3 hari lagi akan puasa. Saya tidak tahu ke mana kami akan pergi … rupa-rupa pergi berkelah di kaki bukit dan ada air terjun yang sejuk. Dalam perjalanan lebih kurang sejam setengah dalam bas inilah peristiwa yang saya tak lupa bahawa pelajar arab ini menunjukkan kehebatan bergelek dan menari tanpa henti..sampai getah bas tercabut..kuatnya bergelek..saya yang tak tahu bergelek dan menari ini terpaku.
Tempat yang dituju pun sampai kami terpaksa cari tempat yang luas kami ramai..tapi semua tempat penuh dengan rombongan lain..kali kedua saya terkejut saya ingatkan SIRAM RAMADHAN ini adalah majlis macam kita buat kat Malaysia IHYA RAMADHAN ..bagi ceramah tentang puasa dan sebagainya tapi nak tahu apa yang dilakukan oleh warga arab boleh dikatakan bagi melepas gian sebab esok atau lusa dah nak puasa jadi semua boleh dikatakan pergi berkelah untuk menariiii dan bergelekkk..dengan pembesar suara yang canggih dibawa bersama oleh setapi rombongan yang pergi berkelah.. saya hanya mampu melihat suasana ini..jauh beza rupanya dengan kita.
Oleh kerana waktu Asar dah lewat saya dan beberapa kawan mencari tempat untuk solat maka jumpalah tempat solat tapi sedih sangat tempat dahlah sempit dan cukup gelap.Kami solat bergilir-gilir..masa saya masuk ke surau itu saya rasa terpijak sesuatu tapi buat tak tahu saja, maka tidak melengahkan masa saya solat sebab waktu Asar dah lewat…masa nak sujud di bawah lutut saya macam ada biji yang keras tapi saya sujud juga..masa sujud biji seperti di lutut tadi ada juga saya terus sujud sampai sudah solat saya. Masa inilah terkejut yang ketiga saya kata banyaknya biji tasbih putus sampai merata-merata maklumlah gelap tak nampak..kami semua tertanya-tanya..???? Maka terjawablah yang saya dan kawan-kawan sangkakan biji tasbih putus rupa-rupanya TAHI KAMBING.. Kami semua ketawa sampai nak pecah perut..yang kami heran kenapa tahi kambing langsung tak berbau..
Apabila sudah menari dan solat kami di bawa ke kedai makan dan di sinilah kami dijamu sungguh-sungguh nak makan apa semua boleh…Maklumlah jamuan penutup Syabaan .Oleh itu saya terfikir sejenak jauhnya perbezaan dengan negara kita..INILAH KENANGANKU SEMPENA SYABAAN..InsyAllah bulan Ramadhan ada lagi cerita yang saya akan kongsi apa yang berlaku sepanjang Ramadhan..