Salam..
Rasanya saya dah lama tak menulis bukan apa pun di sebabkan terlalu sibukk n balik rumah dah penat atau pun mesy……. minggu lepas sempat juga pergi belajar macam mana nak menyandat sotong. Barulah saya tahu betapa susahnya jadi nelayan, dilambong, digoncang oleh ombakkk..ramai jugak rupanya yang mabuk laut..nak tahu saya macam mana?? Alhamdulliah syukurr..tak rasa mabuk…tapi nasib tak menyebelahi kami bot mewah kami ada masalah jadi kena balik awal..Allah menolong kami sebaik saya berlabuh bot kami bocor yang teruk…Syukur kami selamat..nak tahu apa yang kami dapat ?? Rahsia.. maluuu..cuma itu saja yang dapat..maaf byk pulak cerita pasal tu…
Tapi yang kita semua kena fikir macam mana masyarakat kita sekarang , yang sudah terpesong jauh dari ajaran nabi kita Muhammad s.a.w..LELAKI YANG MENIRU(MENYERUPAI) KAUM WANITA ATAU SEBALIKNYA….BUKAN DARI GOLONGAN KAMI…
Erti hadith:
Daripada Atho;daripada seorang lelaki dari Huzail telah berkata: Aku telah melihat Abdullah bin Amru bin al-As (yang rumahnay di luar tanah haram dan masjidnya di al-Haram) sedang aku berada disisinya dia telah melihat Ummu Said, anak perempuan Abu Jahal sedang meniru-meniru lenggokkan lelaki, dia sedang berjalan seperti jalanya seorang lelaki, maka berkata Abdullah: Siapa dia? berkata al-Hazliy: Dia ialah Ummu Said, anak perempuan Abu Jahal. Maka berkata Abdullah: Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: BUKAN DARI GOLONGAN KAMI SESIAPA DARI KALANGAN WANITA YANG MENYERUPAI LELAKI BEGITULAH JUGA LELAKI YANG MENYERUPAI WANITA.
( Riwayat Ahmad)
Dari keterangan hadith ini dapat dilihat fitrah yang disyariatkan Allah kepada hambaNya iaitu agar lelaki menjaga sifat kelelakiannya dan sebaliknya wanita menjaga kewanitaanya. Tetapi sekiranya hal ini dilanggar, maka yang terjadi adalah kerusakan tatacara hidup di dalam masyarakat.
Hadith ini meletakkan satu hukum dengan melarang bagi lelaki menyerupai wanita dari segi pemakaian,pergerakan dan sebagainya begitulah juga sebaliknya.
Ini dapat juga dilihat dari maksud hadith ini..
Daripada Ibnu Abbas r.a katanya:Rasulullah s.a.w melaknat lelaki yang LEMAH LEMBUT BERLAGAK SEPERTI PEREMPUAN DAN PEREMPUAN BERLAGAK DENGAN GAYA LELAKI. Nabi bersabda lagi: KELUARKAN MEREKA DARI RUMAH-RUMAH KAMU.
Oleh itu mereka yang melakukan sedemikian akan berdosa , tidak diakui umat oleh nabi s.a.w. malah lebih dari itu mereka mendapat laknat dari baginda. Sekarang ini sudah menjadi lumrah biasa, alangkah ramainya orang yang terlibat dengan gejala dosa besar ini pada zaman sekarang. oleh itu kita sama-samalah berdoa,berusaha menegur dan mencegah gejala ini. Saya berharap kerajaan Malaysia berusaha untuk mencegah gejala ini.( PENGKID,MAK NYAH DAN SEANGAKTANYA)
imah berkata,
3 Mac 2009 pada 7:02 am
salam…takut betul dengan dunia zaman sekarang ni…macam-macam perkara berlaku,,, nak cerita,suatu hari imah terjumpa dengan satu kumpulan,3 perempuan dan 1 leleki,,,semua perempuan tu hisap rokok,imah perhatikan satu orang ni,nampak dia macam lelaki (sedang hisap rokok),gaya ,cara pemakaian dia macam lelaki terus,tak kata pn yang dia ni perempuan…tp bila dia bercakap…rupanya dia 2 wanita…. ya Allah !!! memang terkejut….takut bila betul…masalahnya diorang ni tak takut pada siksa Allah ke ????? mcm mana kita nk sedarkan mereka ni ??????