21 Ogos 2008 pada 3:09 am (Umum)
Tags: Umum
Salam..
Lama saya tak menulis bukan apa sibuk dengan pelbagai kerja. Hari rasa nak menulis sebab teringat Shahrizat isytihar jihad melawan Anuar di Permatang Pauh. Dari pada ulasanya perlu jihad sebab bagi menghalang Anuar mencapai impian dan kejayaan peribadi. Beliau mengatakan perlu menyekat dan jihad bagi menghalang Anuar yang boleh menggugat kestabilan politik negara dan membawa negara kearah kehancuran.
Saya juga tiba-tiba terfikir dan teringat masa PRU 12 pun UMNO isytihar jihad juga pada kerajaan Kelantan. Saya rasa mereka ini tidak berapa faham apa dia jihad sebenar. Contohnya Kelantan apa yang dibuat oleh Kerajaan Kelantan yang salah atau melanggar ajaran Islam yang kita semua anuti sampai isytihar juga untuk jihad. Kita boleh lihat gambar Pak Lah dan Anuar Musa dengan tunjuk jari ” Satu Undi Untuk Kelantan” tapi bukan undi yang dapat 5 negeri terlepas.
Oleh itu untuk Shahrizat berjihadlah untuk wanita UMNO supaya mengikut perintah Allah supaya menutup aurat ,jangan pakai tudung nampak rambut dengan baju ketat. Tolong jihad mereka ini jangan masa sembahyang saja tidak nampak rambut seurat pun takut tak sah sembahyang tapi lepas sembahyang buka semuanya.
Kita akan lihat apa akan terjadi pada 26.8. 2008???
1 Komen
12 Ogos 2008 pada 4:08 pm (Uncategorized)
Tags: SEMASA
SALAM..
HARI INI DAPATLAH SAYA MENULIS SEDIKIT KERANA SEMUA KERJA DAH SELESAI. YAB TUAN GURU MENTERI BESAR KELANTAN SEMASA MERASMIKAN PERSIDANGAN NGO-NGO KELANTAN ADA MENYENTUH TENTANG KECURIAN ATAU ROMPAKAN PAJAK GADAI DI KOTA BHARU(AL-RAHN) KERUGIAN SEHINGGA MENCAPAI RM 18 JUTA…BUKAN SIKIT JUMLAH ITU..1 JUTA PUN DAH TERKEJUT ..SEPERTI YANG DIJELASKAN YANG DICURI ADALAH BARANG-BARANG KEMAS ORANG MISKIN DAN YANG MEMERLUKAN DUIT UNTUK SESUATU TUJUAN..OLEH ITU SEDARLAH WAHAI PENCURI, PEMYAMUN,PEROMPAK TOLONGLAH RASAKAN MACAM MANA PERITNYA BARANG YANG KITA SAYANG HILANG DALAM SEKELIK MATA..DI SINI SAYA SANGAT-SANGAT BERHARAP SUPAYA KERAJAAN KELANTAN MEMBUAT SOLAT HAJAT PERDANA KHAS UNTUK KESELAMATAN DARI SEGALA MACAM PERKARA YANG KITA TIDAK JANGKA BERLAKU..HANYA ALLAH JUA SEGALA PERTOLONGAN..AMINN.
KEHILANGAN RM 18 JUTA DAH NAK TERCABUT JANTUNG MENDENGARNYA ,HARI INI LAGI TERKEJUT BAHAWA UMNO DISAMAN KERANA BERHUTANG SEBANYAK RM 218 JUTA DARI PEMILIK SYARIKAT ELEGANT ADRISORY SDN. BHD. PADA 2004 UNTUK PILIHANRAYA ..PATUTTLAH MENANG 2004.
SAYA TERKEJUT MACAM MANA PARTI UMNO YANG SUDAH MEMERINTAH MALAYSIA 51TAHUN BOLEH TERTUNGGAK BAYARAN INI SEHINGGA DIBAWA KE MAHKAMAH..PM ADA NAK BUAT RAYUAN MENGURANGAN BAYARAN..PRU 12 (2008) UMNO TAK BERHUTANGKAH??????????? TERUTAMA SEKALI USAHA UNTUK TAWAN KELANTAN. MENTERI BERGILIR-GILIR DATANG MESTILAH BELANJA YANG BANYAK..TAPI YANG HILANG 5 NEGERI..
DI SINI SAYA MENYERU PADA UMNO JANGANLAH DOK BOROS TABUR JANJI DAN WANG PADA PILIHANRAYA KECIL PERMANTANG PAUH NANTI TERGIGIT JARII..
2 komen
8 Ogos 2008 pada 2:01 pm (Uncategorized)
Tags: Add new tag, KENANGAN
SALAM..
Hari ini adalah tarikh yang istimewa 08.08.08, maka banyaklah kita semua menjadikan tarikh ini untuk hari bersejarah dan kenangan…makaaa …yang jadi korban adalah lembu,kambing,ayam dan sebagainya untukkk…kenduri kahwin…dengan inilah saya cuma makan 2 tempat dan 2 tempat pergi ziarah saja dan 1 tempat lagi tak sempat pergi..
Masuk saja bulan Syabaan ingatanku pada kisah masa belajar kat Lubnan dulu, pada satu hari kami diajak untuk mengikuti rombongan universiti..tapi saya pun tak tahu untuk apa rombongan ini dan hendak ke mana , kira setuju saja..
Maka hari yang ditunggu tiba jadi naiklah bas..jadi atas bas saya dan kawan-kawan tanya ini program apa dijawab SIRAM RAMADHAN.. 2 atau 3 hari lagi akan puasa. Saya tidak tahu ke mana kami akan pergi … rupa-rupa pergi berkelah di kaki bukit dan ada air terjun yang sejuk. Dalam perjalanan lebih kurang sejam setengah dalam bas inilah peristiwa yang saya tak lupa bahawa pelajar arab ini menunjukkan kehebatan bergelek dan menari tanpa henti..sampai getah bas tercabut..kuatnya bergelek..saya yang tak tahu bergelek dan menari ini terpaku.
Tempat yang dituju pun sampai kami terpaksa cari tempat yang luas kami ramai..tapi semua tempat penuh dengan rombongan lain..kali kedua saya terkejut saya ingatkan SIRAM RAMADHAN ini adalah majlis macam kita buat kat Malaysia IHYA RAMADHAN ..bagi ceramah tentang puasa dan sebagainya tapi nak tahu apa yang dilakukan oleh warga arab boleh dikatakan bagi melepas gian sebab esok atau lusa dah nak puasa jadi semua boleh dikatakan pergi berkelah untuk menariiii dan bergelekkk..dengan pembesar suara yang canggih dibawa bersama oleh setapi rombongan yang pergi berkelah.. saya hanya mampu melihat suasana ini..jauh beza rupanya dengan kita.
Oleh kerana waktu Asar dah lewat saya dan beberapa kawan mencari tempat untuk solat maka jumpalah tempat solat tapi sedih sangat tempat dahlah sempit dan cukup gelap.Kami solat bergilir-gilir..masa saya masuk ke surau itu saya rasa terpijak sesuatu tapi buat tak tahu saja, maka tidak melengahkan masa saya solat sebab waktu Asar dah lewat…masa nak sujud di bawah lutut saya macam ada biji yang keras tapi saya sujud juga..masa sujud biji seperti di lutut tadi ada juga saya terus sujud sampai sudah solat saya. Masa inilah terkejut yang ketiga saya kata banyaknya biji tasbih putus sampai merata-merata maklumlah gelap tak nampak..kami semua tertanya-tanya..???? Maka terjawablah yang saya dan kawan-kawan sangkakan biji tasbih putus rupa-rupanya TAHI KAMBING.. Kami semua ketawa sampai nak pecah perut..yang kami heran kenapa tahi kambing langsung tak berbau..
Apabila sudah menari dan solat kami di bawa ke kedai makan dan di sinilah kami dijamu sungguh-sungguh nak makan apa semua boleh…Maklumlah jamuan penutup Syabaan .Oleh itu saya terfikir sejenak jauhnya perbezaan dengan negara kita..INILAH KENANGANKU SEMPENA SYABAAN..InsyAllah bulan Ramadhan ada lagi cerita yang saya akan kongsi apa yang berlaku sepanjang Ramadhan..
2 komen
7 Ogos 2008 pada 11:28 pm (Uncategorized)
Salam…
Ahamdulillah syukur Allah masih panjangkan umur hambanya…
Kita sebagai manusia yang dicipta oleh Allah , maka menjadi kewajipan pada kita memelihara sifat-sifat keimanan.
Di sini saya menulis dan mengharapkan CIRI-CIRI KEIMANAN ini dapat menjadi panduan dan amalan pada kita semua dalam menghadapi dunia yang penuh dengan cubaan dan dugaan.
CIRI-CIRI TERSEBUT IALAH…
1. AL-TA’IBUN-(Orang -orang yang yang sentiasa bertaubat)
2. AL -’ABIDUN- ( Orang-orang yang beribadat )
3. AL- HAMIDUN-( Orang-orang yang bertahmid memuji kebesaran Ilahi)
4. AL- SA’IHUN-( Pengembara-pengembara di jalan Allah.
5. AL-RAKI’UN-( Orang-orang yang banyak ruku’)
6. AL-SAJIDUN-(Orang-orang yang sujud kepada Allah)
7. AL-’AMIRUNA BIL-MA’RUF-( Orang-orang yang menyuruh kepada yang ma’ruf(kebaikan)
8. WA-YANHAUNA ‘ANIL-MUNKAR-( Orang-orang yang menghalang dari berlaku kemungkaran).
9. WAL-HAFIZUNA LI HUDUDILLAH- ( Orang-orang yang memelihara batas-batas hukum Allah).
Sama-samalah kita memelihara sifat-sifat keimanan ini. Harapan saya ini menjadi ibadat untuk kita semua…
Tinggalkan Komen
6 Ogos 2008 pada 3:41 pm (Uncategorized)
SALAM…
Malam ini adalah malam cukup bahagia buat saya,..nak tahu kenapa? Sebab dapat catt dan bercakap dengan anak keluarga angkat kat Lubnan, Dah tak bercakap dengan dia dah bertahun2 , Nassrin sekarang menetap kat Dubai. seronoknya dapat call dia kat Dubai.
Nantiii.. tidak boleh.. kenapa ? Sebab “NANTI” adalah salah satu tentera IBLIS dan juga manusia tidak dibolehkan untuk mengatakan “NANTI”…….kerana manusia, tidak tahu apakah dirinya masih bisa hidup sedetik kemudian atau tidak..kerana itu penting menyemak wasiat Abdullah bin Umar r.a yang juga diungkapkan oleh Al-Bukhari, ” JIKA ENGKAU BERADA DALAM WAKTU PAGI MAKA JANGANLAH MENUNGGU HINGGA WAKTU PETANG,JIKA ENGKAU BERADA DALAM WAKTU PETANG MAKA JANGANLAH MENUNGGU HINGGA PAGI TIBA”
Oleh itu pergunakan waktu sihatmu sebelumsebelum sakitmu dan waktu hidupmu sebelum kematianmu. Tolong baca dan faham kata-kata seorang penyair ini…
” BEKALILAH DIRIMU DENGAN TAKWA
KERANA ENGKAU TAKKAN PERNAH MENGIRA
KETIKA KEGELAPAN MALAM TIBA
YAKINKAH ENGKAU HINGGA FAJAR ESOK KAU MASIH ADA
BANYAK ORANG SIHAT MATI TANPA SEBAB
BANYAK JUGA ORANG SAKIT HIDUP MENJELANG ABAD
BANYAK PEMUDA YANG MASIH MENIKMATI HIDUPNYA
TANPA DINYANA KAIN DIKAFANNYA SEDANG DIRAJUT UNTUKNYA.
Disini saya jelaskan apa dia kalimah di atas
“TANPA DINYANA KAIN DIKAFANNYA SEDANG DIRAJUT UNTUKNYA” ertinya: Sikap menunda-nunda,
adalah salah satu dari sekian banyak bentukkendali bagaimana mempergunakan dan mengoptimalkan
waktu. oleh itu kita jangan jadikan NANTI …tu amalan kita. Sama-samalah kita jangan Bernantiii je.. yang tahu…
1 Komen
5 Ogos 2008 pada 5:23 pm (Uncategorized)
Tags: HADITH
Salam..
Rasanya saya dah lama tak menulis bukan apa pun di sebabkan terlalu sibukk n balik rumah dah penat atau pun mesy……. minggu lepas sempat juga pergi belajar macam mana nak menyandat sotong. Barulah saya tahu betapa susahnya jadi nelayan, dilambong, digoncang oleh ombakkk..ramai jugak rupanya yang mabuk laut..nak tahu saya macam mana?? Alhamdulliah syukurr..tak rasa mabuk…tapi nasib tak menyebelahi kami bot mewah kami ada masalah jadi kena balik awal..Allah menolong kami sebaik saya berlabuh bot kami bocor yang teruk…Syukur kami selamat..nak tahu apa yang kami dapat ?? Rahsia.. maluuu..cuma itu saja yang dapat..maaf byk pulak cerita pasal tu…
Tapi yang kita semua kena fikir macam mana masyarakat kita sekarang , yang sudah terpesong jauh dari ajaran nabi kita Muhammad s.a.w..LELAKI YANG MENIRU(MENYERUPAI) KAUM WANITA ATAU SEBALIKNYA….BUKAN DARI GOLONGAN KAMI…
Erti hadith:
Daripada Atho;daripada seorang lelaki dari Huzail telah berkata: Aku telah melihat Abdullah bin Amru bin al-As (yang rumahnay di luar tanah haram dan masjidnya di al-Haram) sedang aku berada disisinya dia telah melihat Ummu Said, anak perempuan Abu Jahal sedang meniru-meniru lenggokkan lelaki, dia sedang berjalan seperti jalanya seorang lelaki, maka berkata Abdullah: Siapa dia? berkata al-Hazliy: Dia ialah Ummu Said, anak perempuan Abu Jahal. Maka berkata Abdullah: Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: BUKAN DARI GOLONGAN KAMI SESIAPA DARI KALANGAN WANITA YANG MENYERUPAI LELAKI BEGITULAH JUGA LELAKI YANG MENYERUPAI WANITA.
( Riwayat Ahmad)
Dari keterangan hadith ini dapat dilihat fitrah yang disyariatkan Allah kepada hambaNya iaitu agar lelaki menjaga sifat kelelakiannya dan sebaliknya wanita menjaga kewanitaanya. Tetapi sekiranya hal ini dilanggar, maka yang terjadi adalah kerusakan tatacara hidup di dalam masyarakat.
Hadith ini meletakkan satu hukum dengan melarang bagi lelaki menyerupai wanita dari segi pemakaian,pergerakan dan sebagainya begitulah juga sebaliknya.
Ini dapat juga dilihat dari maksud hadith ini..
Daripada Ibnu Abbas r.a katanya:Rasulullah s.a.w melaknat lelaki yang LEMAH LEMBUT BERLAGAK SEPERTI PEREMPUAN DAN PEREMPUAN BERLAGAK DENGAN GAYA LELAKI. Nabi bersabda lagi: KELUARKAN MEREKA DARI RUMAH-RUMAH KAMU.
Oleh itu mereka yang melakukan sedemikian akan berdosa , tidak diakui umat oleh nabi s.a.w. malah lebih dari itu mereka mendapat laknat dari baginda. Sekarang ini sudah menjadi lumrah biasa, alangkah ramainya orang yang terlibat dengan gejala dosa besar ini pada zaman sekarang. oleh itu kita sama-samalah berdoa,berusaha menegur dan mencegah gejala ini. Saya berharap kerajaan Malaysia berusaha untuk mencegah gejala ini.( PENGKID,MAK NYAH DAN SEANGAKTANYA)
1 Komen