SALAM..
Saya adalah orang yang paling terkejut apabila satu malam di TV 1 HAMIDAH HAMZAH bertudung. Saya berkali-kali melihat di tv adakah betul itu Hamidah yang saya tengok setiap malam dengan rambut palsunya. Keesokkan saya ke pejabat bertanyakan kawan-kawan adakah melihat semalam Hamidah pakai tudung , rupa-rupanya kawan semua tak tengok. Tepi selang tak berrapa hari maka keluarlah berita pasal tu. Saya cukup bersyukur dengan perubahan ini, sbb tidaklah lagi mulut ini setiap kali tengok Hamidah dengan rambut palsu di tv rasa tak puas hati.
Tahniah Hamidah,ini adalah ucapan yang layak diberi kerana beliau adalah pembaca berita wanita yang pertama yang memakai tudung di TV 1(RTM) semenjak 62 tahun yang lalu penyiarannya di Malaysia. Tahniah sekali lagi. Saya difahamkan bahawa Hamidah sudah memakai tudung selama 3 tahun tetapi terpaksa membuka tudung apabila hendak ke udara.. kesian Mid.. Inilah Malaysia yang mengamalkan Islam Hadhari. Sedangkan menutup aurat adalah wajib dalam Islam seperti dalam ayat Al-Quran surah Al-Ahzaab ayat 59.
Tanggal 18 April 2008 menjadi sejarah dan kenangan terindah buat umat Islam di Malaysia dan Hamidah kerana dibenarkan membaca berita dengan bertudung. Saya juga berharap ramai lagi rakan dan kawan kita yang masih tidak menutup aurat haruslah segera menurut perintah Allah dan Ingat kematian tidak menunggu sesiapapun. Oleh itu segeralah berubah demi kebaikan dunia dan akhirat.
Tahniah juga untuk Hamidah kerana hari Ahad ini akan bergelar isteri di usia 43 tahun. Tahniah semuga mahliga yang dibina sentiasa bahagia hingga akhir hayat. Saya juga ber doa muga ujian-ujian yang dilalui semenjak bertudung anggaplah itu asam garam apabila kita buat sesuatu yang baik.
e_where berkata,
2 Ogos 2008 pada 3:30 am
Salam..tahniah dr saing lamo….
ada masa mai laa jale sinih..
kite suma windu sama cik ti yg bulat
heheh..
Chik berkata,
2 Ogos 2008 pada 4:03 am
Chik pun tumpang gembira menonton dan membaca tentang Kak Hamidah tu. Semoga dia semakin bagus dan berbahagia bersama suami.
Ek, boleh tanya ke? Ni blog K.Ti Ust Bun ke? Sebab baca kat bawah tu ada cerita pasal Lubnan. Kalau betul, Chik nak ucapkan tahniah sebab K.Ti dah pandai berblog. Kalau silap, harap dimaafkan.
Dari: Chik di Dar Nur al-Zahra’
nuriman berkata,
3 Ogos 2008 pada 11:34 am
salam tumpang lalu tumpang baca……….
ahli biasa berkata,
4 Ogos 2008 pada 2:00 pm
Alhamdulillah, tahniah juga pada kak tie kerana dah berjaya melakukan posting…..
Kak tie ada bakat menulis, jadi semoga istiqamah dalam berblog ni….kongsikan pengalaman dan apa2 yang bermanfaat utk semua….