TAHNIAH HAMIDAH

SALAM..

Saya adalah orang yang paling terkejut apabila satu malam di TV 1 HAMIDAH HAMZAH bertudung. Saya berkali-kali melihat di tv adakah betul itu Hamidah yang saya tengok setiap malam dengan rambut palsunya. Keesokkan saya ke pejabat bertanyakan kawan-kawan adakah melihat semalam Hamidah pakai tudung , rupa-rupanya kawan semua tak tengok. Tepi selang tak berrapa hari maka keluarlah berita pasal  tu. Saya cukup bersyukur dengan perubahan ini, sbb tidaklah lagi mulut ini setiap kali tengok Hamidah dengan rambut palsu di tv rasa tak puas hati.

Tahniah Hamidah,ini adalah ucapan yang layak diberi kerana beliau adalah pembaca berita wanita yang pertama yang memakai tudung di TV 1(RTM) semenjak 62 tahun yang lalu penyiarannya di Malaysia. Tahniah sekali lagi. Saya difahamkan bahawa Hamidah sudah memakai tudung selama 3 tahun tetapi terpaksa membuka tudung apabila hendak ke udara.. kesian Mid.. Inilah Malaysia yang mengamalkan Islam Hadhari. Sedangkan menutup aurat adalah wajib dalam Islam seperti dalam ayat Al-Quran surah Al-Ahzaab ayat 59.

Tanggal 18 April 2008 menjadi sejarah dan kenangan terindah buat umat Islam di Malaysia dan Hamidah kerana dibenarkan membaca berita dengan bertudung. Saya juga berharap ramai lagi rakan dan kawan kita yang masih tidak menutup aurat haruslah segera menurut perintah Allah dan Ingat kematian tidak menunggu sesiapapun. Oleh itu segeralah berubah demi kebaikan dunia dan akhirat.

Tahniah juga untuk Hamidah kerana hari Ahad ini akan bergelar isteri di usia 43 tahun. Tahniah semuga mahliga yang dibina sentiasa bahagia hingga akhir hayat. Saya juga ber doa muga ujian-ujian yang dilalui semenjak bertudung anggaplah itu asam garam apabila kita buat sesuatu yang baik.

MUZAKARAH INGATKU PADA ARUAH

SALAM..

Hari saya rehat kat rumah,tak tahu rasa malas dan letih sangat, tapi hari ni lega sikit kepala nak tahu kenapa??? sbb MUZAKARAH dah menjadi MUQABALAH. Apabila  timbul perkataan MUZAKARAH ingatanku makin kuat untuk aruah suamiku, apa tidaknya ingat lagi kata-katanya masih saya ingat walaupun dah bertahun-tahun berlalu. Kata-katanya:”‘KALAU PAS-UMNO NAK MUZAKARAH TAK PAYAH(TAK PADAN) TOK GURU NIK AZIZ PADAN DENGAN AMBA JAH SETAKAT NAK LAWAN UMNO” Oleh itu apabila timbul masalah ini bagi saya ini adalah isu yang lapuk sebab kenapa sekarang baru nak Muzakarah kenapa sebelum ini tak mahu walaupun PAS secara terbuka mengajak untuk muzakarah. Berkali-kali apabila aruah ceramah mengulangi cabaran beliau .Tapi kenapa  sekarang  isu ini digembar-gemburkannn?? Ke ada UDANG DI SEBALIK BATU????

saya melihat dengan timbulnya isu ini sedikit sebanyak isu yang utama negara dan dunia tentang kenaikan HARGA MINYAK  reda sikit. Apapun yang berlaku kita semua sedar bahawa semua ini adalah sandiwara politik Malaysia . salam