Salam,
Hari ini saya balik awal sebab mesyuarat cuma satu yang berlaku dan satu lagi ditunda kemalam. Inilah kerjaku. Syukurlah kepada Allah ari ni dapatlah saya melawat tok penghulu yang sakit Angin Ahmar dah nak hampir setahun. Saya ini terlalu sibuk jadi ari ni dapatlah luangkan masa bersama keluarganya. Masa saya sampai tukang urut sedang mengurutnya di atas katil…. rupa-rupanya tok penghulu makin tak sihat dan makin lemah nak buat apa pun tidak mampu lagi..terpaksa berurut di atas katil,
Saya cukup bangga dengan sikapnya begitu juga keluarga yang baik dan berbudi. Walau pun beliau dalam keadaan begitu beliau masih lagi mengambil peduli tentang minuman kesukaanku..nak tahu???? air batu kosong. Beliau masih lagi mampu menyuruh anaknya beli ketul ais untukku..saya rasa cukup sayuu sangat. Muga Allah meringgankan beban derita sakitnya.
Palingku tak tahan apabila isterinya setiap kali bercakap menangis-menangis…. ini dapat saya rasakan bagaimana rasanya apabila suami tercinta sakit, ini kerana saya pernah alami apabila suami sakit 40 hari berumah di hospital… yang dapat meringgankan rasa sedih dengan air mata. Tapi tak pernah lupa ini adalah ujian Allah untuk hambanya.
Muga semua kita yang ditimpa musibah/penyakit sabar dan redha dengan ketentuanNYA. Harapan keluarga tok penghulu tabah dalam menghadapi ujiaan ini. Aminn
imah berkata,
3 Mac 2009 pada 7:19 am
salam…Allah SWT turunkan penyakit ni pn untuk meringankan dosa2 kecil kita kan ????