22 Julai 2008 pada 3:34 pm (Uncategorized)
Tags: AL-QURAN
SALAM..
“ WAHAI NABI, SURUHLAH ISTERI-ISTERMU DAN ANAK-ANAK PEREMPUANMU SERTA PEREMPUAN-PEREMPUAN YANG BERIMAN, SUPAYA MELABUHKAN PAKAIANNYA BAGI MENUTUP SELURUH TUBUHNYA( SEMASA MEREKA KELUAR ); CARA YANG DEMIKIAN LEBIH SESUAI UNTUK MEREKA DIKENAL( SEBAGAI PEREMPUAN YANG BAIK-BAIK ) MAKA DENGAN ITU MEREKA TIDAK DIGANGGU. DAN ( INGATLAH ) ALLAH ADALAH MAHA PENGAMPUN, LAGI MAHA MENGSIHANI. ( Al- Ahzaab : 59)
Di dalam al-Quran dengan jelas tentang pakaian menutup aurat bagi membezakan yang beriman dan yang baik…. tapi kenapa????????????????? masih ada yang terang-terang menentang suruhan Allah. Oleh itu kita sama-sama buat yang terbaik untuk bahagia di akhirat kelak.
Tinggalkan Komen
22 Julai 2008 pada 3:15 pm (Uncategorized)
SALAM..
Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: “ADA DUA MACAM PENDUDUK NERAKA YANG KEDUANYA BELUM KELIHATAN OLEHKU. 1. KAUM YANG MEMILIKI CAMBUK SEPERTI EKOR (SAPI)LEMBU,YANG DIPERGUNAKANNYA UNTUK MEMUKUL ORANG. 2. WANITA-WANITA BERPAKAIAN, TETAPI SAMA JUGA DENGAN BERTELANJANG( KERANA PAKAIANNYA TERLALU PENDEK(MINIM), TERLALU NIPIS ATAU TEMBUS PANDANG, TERLALU KETAT ATAU PAKAIAN YANG MERANGSANG LELAKI(PRIA) KERANA SEBAHAGIAN AURATNYA TERBUKA), DAN WANITA-WANITA YANG MUDAH DIRAYU ATAU SUKA MERAYU, RAMBUT MEREKA(DISASAK) BAGAIKAN PUNUK UNTA. WANITA -WANITA TERSEBUT TIDAK DAPAT MASUK SURGA, BAHKAN TIDAK DAPAT MENCIUM BAU SURGA. PADAHAL BAU SURGA DAPAT TERCIUM DARI JARAK YANG SANGAT JAUH”
Hadith
Maka fikirrrrkanlah apakah yang kita pakai wahai muslimat semau menepatikah dengan yang Allah suruh. Saya rasa hadith ini cukup penting sekali kerana warga kita sekarang ini tidak mengikut apa yang dikehendaki oleh Allah.. dengan tidak bertudung, pakai pakaian nampak pusat …. kalu boleh nak suruh nampak semua…
1 Komen
22 Julai 2008 pada 2:40 pm (Uncategorized)
Tags: HADITH
SALAM…
Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah swa. bersabda: ” SIAPA YANG BERKERAS HATI MELAKSANAKAN SUMPAHNYA, PADAHAL MEMBAHAYAKAN BAGI KELUARGANYA, MAKA TINDAKAN ORANG ITU LEBIH BESAR DOSANYA DI SISI ALLAH DARIPADA DIA MEMBAYAR DENDA YANG DIWAJIBKAN ALLAH”
Maka fikirrrrlah semua..
Tinggalkan Komen
22 Julai 2008 pada 11:30 am (Uncategorized)
Salam,
Hari ini saya balik awal sebab mesyuarat cuma satu yang berlaku dan satu lagi ditunda kemalam. Inilah kerjaku. Syukurlah kepada Allah ari ni dapatlah saya melawat tok penghulu yang sakit Angin Ahmar dah nak hampir setahun. Saya ini terlalu sibuk jadi ari ni dapatlah luangkan masa bersama keluarganya. Masa saya sampai tukang urut sedang mengurutnya di atas katil…. rupa-rupanya tok penghulu makin tak sihat dan makin lemah nak buat apa pun tidak mampu lagi..terpaksa berurut di atas katil,
Saya cukup bangga dengan sikapnya begitu juga keluarga yang baik dan berbudi. Walau pun beliau dalam keadaan begitu beliau masih lagi mengambil peduli tentang minuman kesukaanku..nak tahu???? air batu kosong. Beliau masih lagi mampu menyuruh anaknya beli ketul ais untukku..saya rasa cukup sayuu sangat. Muga Allah meringgankan beban derita sakitnya.
Palingku tak tahan apabila isterinya setiap kali bercakap menangis-menangis…. ini dapat saya rasakan bagaimana rasanya apabila suami tercinta sakit, ini kerana saya pernah alami apabila suami sakit 40 hari berumah di hospital… yang dapat meringgankan rasa sedih dengan air mata. Tapi tak pernah lupa ini adalah ujian Allah untuk hambanya.
Muga semua kita yang ditimpa musibah/penyakit sabar dan redha dengan ketentuanNYA. Harapan keluarga tok penghulu tabah dalam menghadapi ujiaan ini. Aminn
1 Komen