SALAM,
Pada malam ni tergerak hati saya hendak menceritakan tentang pengalaman belajar di Lubnan. Ini bukan apa , apa bila setaip malam ada berita tentang pergolakan di sana. Lubnan adalah sebuah negara yang cantik dengan persisr pantai yang indah dan apabila musim bunga alangkah indahnya, tiba musim sejuk semua orang dapat rasakan betapa sejuk dengan salji melitupi gunung dan lurah, musim luruh semua pokok tidak berdaun dan musim panas ooohh PANASSSNNYYAA..
Setahun saya di sana cukup aman dan bahagia sebab tidak ada pun pergolakan dan perperangan. Syukur pada Allah. Tapi lepas saya balik ke Malaysia Lubnan berperang sampailah sekarang..sedih sangattt. Kenapa jadi begini?
Saya cukup kagum dengan orang Lubnan yang sangat baik dengan kami, saya belajar di sana seramai lima orang. Kami dilayang cukup baik. Sampai sekarang masih tidak boleh lupa dengan kebaikan yang ikhlas yang mereka tunjukkan. ” Ingat lagi masa saya mula sampai kat sana cari tempat atau kedai talipon untuk pangilan ke Malaysia, dalam duk mundar mandir tu maka terjumpalah seorang wanita cantik…maka kami tanya di mana kedai talipon..nak tahu tak ke mana wanita ini bawa kami…ke rumah dia… kahh..kahhh. kami mati-mati ke kedai talipon, ini bukan salah wanita itu tapi salah kami yang tidak pandai cakap arab.. maklumlah baru sampai macam itik dangan ayam bercakap tak faham apa-apa. Tapi yang seronoknya di rumah dia kami di jamu dengan buah epal dan air oren. Ahmdulillhhh…okk setakat ini dulu akan disambung lagi dengancerita-cerita yang menarikkk..salamm