Salam,
Hari ini macam biasa, saya berkerja dan sentiasa sibuk dengan mesyuarat, tapi dalam sibuk kadang-kadang kita tidak pernah terfikir bahawa ada orang yang tidak seperti keluarga saya. Saya mempunyai keluarga yang bahagia. Mak yang cukup saya sayangi dan arwah ayah tidak ada tandingnya. Ayah sentiasa dalam ingatan dan disayangi.
Saya ingin kongsi masalah ini dengan tuan puan semua. Kalau ada AYAH, ABI, PAPA, DADDY, BABA, WALID, ABAH…cuma tahu tambah isteri, nafkah isteri-isteri tidak diberi, solat lima(5) waktu tidak di tunaikan jauh sekali untuk solat Jumaat , minum tuak masam jadi amalan, makan pil kuda, pernah di penjara kerana disyaki mengedar pil kuda , puasa jauh sekali … oleh itu PENTINGKAH AYAH, ABI, PAPA, DADDY, BABA, WALID, ABAH…KALAU begini sikap dan tingkahlaku…
Saya sangat berharap pendangan dan nasihat dari tuan puan untuk keluarga yang terpaksa menanggung penderitaan ini. Anak-anaknya terlalu sedih akibat penderitaan yang dialami dan yang paling anak-anaknya menangis setiap masa apabila membayangkan saat ketika ajal menemui ayahnya nanti.
Oleh itu, kita semua haruslah menjadikan agama itu yang utama bagi mengelakkan berlakunya perkara maksiat yang dimurkai oleh Allah. Saya sangat berharap moga anak-anaknya tabah menghadapi ujian yang besar ini..”SABAR SEPARUH DARI IMAN”
imah berkata,
3 Mac 2009 pada 7:34 am
salam…memang btl ‘SABAR 2 SEPARUH DARI IMAN’…tp kan mi…imah sentiasa sedih bila tengok ke raut wajah ayah imah….menagis dalam hati…hancur hati imah…kesian pada ayah…imah ada tengok vcd,pasal malaikat..Dia kn datang ‘jemput’ kita dan tonjolkan diri dia dengan sebanyak mana iman,ibadat kita pada Allah SWT…takt tak terkata …imah tak sempat nak tengok habis….sedih…bkn untuk ayah sahaja tapi untuk diri imah sndiri jg….tertanya2 pada diri…dah byk ke ibadatku padaMU ya Tuhan ??????……dh mcm2 dh ckp pada ayah…tp dia tak hiraukan langsung…rasa nak nitik air mata pula…semalam imah ad ckp2 dengan dia…pasal dosa,pahala,solat…. tp dia mcm nk dengan tak nak je…bila Tuhan nak buka pintu Hati ayah…???? imah ckap kt dia yang imah nk sgt tgk dia solat….jd iman kpd family dia sndiri… hanya Allah tahu semuanya…imah kn sabar menunggu saat 2…..