AYAH, ABI, PAPA, DADDY, BABA, WALID, ABAH… PENTINGKAH????

Salam,

Hari ini macam biasa, saya berkerja dan sentiasa sibuk dengan mesyuarat, tapi dalam sibuk kadang-kadang kita tidak pernah terfikir bahawa ada orang yang tidak seperti keluarga saya. Saya mempunyai keluarga yang bahagia. Mak yang cukup saya sayangi dan arwah ayah tidak ada tandingnya. Ayah sentiasa dalam ingatan dan disayangi.

Saya ingin kongsi masalah ini dengan tuan puan semua. Kalau ada AYAH, ABI, PAPA, DADDY, BABA, WALID, ABAH…cuma tahu tambah isteri, nafkah isteri-isteri tidak diberi, solat lima(5) waktu tidak di tunaikan jauh sekali untuk solat Jumaat , minum tuak masam jadi amalan, makan pil kuda, pernah di penjara kerana disyaki mengedar pil kuda , puasa jauh sekali … oleh itu PENTINGKAH AYAH, ABI, PAPA, DADDY, BABA, WALID, ABAH…KALAU begini sikap dan tingkahlaku…

Saya sangat berharap pendangan dan nasihat dari tuan puan untuk keluarga yang terpaksa menanggung penderitaan ini. Anak-anaknya terlalu sedih akibat penderitaan yang dialami dan yang paling anak-anaknya menangis setiap masa apabila membayangkan saat ketika ajal menemui ayahnya nanti.

Oleh itu, kita semua haruslah menjadikan agama itu yang utama bagi mengelakkan berlakunya perkara maksiat yang dimurkai oleh Allah. Saya sangat berharap moga anak-anaknya tabah menghadapi ujian yang besar ini..”SABAR SEPARUH DARI IMAN”