KEBAHAGIAAN SEBENAR

Semua kita,siapa kita,di mana kita, ke mana kita yang dicari adalah kebahagiaan..tapi kebahagiaan bagaimana???. Di sini saya  tuliskan sisipan untuk tatapan semua bagi sama-sama kita dapat sedikit ilmu tentang kebahagiaan sebenar…

Kebahagiaan sebenar dapat kita capai dengan adanya kesepaduan aspek keagamaaan dan keduniaan. Seorang penyair dalam syairnya yang bermaksud:

“Alangkah bahagianya apabila berkumpul agama dan dunia pada diri seseorang dan alangkah celakanya apabila berkumpul kekufuran dan kerugiaan pada diri seseorang.”

Bagi Aristoteles (394-322 S.M) tujuan akhir dari setiap perbuatan manusia adalan mencari kebahagiaan. Terdapat tiga(3) unsur yang membahagiaankan manusia:

1. Sihat Tubuh Badan

2. Selesa Tempat Tinggal

3. Ketenangan Jiwa (Sejahtera Jiwa)

Ini mengikut Aristoteles tapi ada juga yang beranggapan berikut:

1. Kekayaan Harta

2. Anak Yang Ramai

Adakah ini kebahgiaan sebenar??????

2 komen

  1. Muhammad Hanif berkata,

    22 Julai 2008 pada 8:14 am

    Salam Perjuangan….

    Kebahagian sebenar adalah kebahagian di akhirat kelak. Di dunia ni hanya boleh dikecapi jika nak dirasai. Contoh kebahagiaan di dunia ni banyak, tapi yang paling bahagia ialah dapat suami / isteri / anak-anak yang soleh baik dan penyayang.

  2. imah berkata,

    3 Mac 2009 pada 7:53 am

    salam…tak dapat nak bayangkan bila bercakap pasal ‘kebahagiaan’ ni…bahagia dengan family,adik-adik,kwn-kwn yang memahami…dan yang terutama bahagia dengan orang yang tersayang….. tapi kebahagiaan di dunia bukan untuk selamanya…di akhirat kelak yang abadi untuk selamanya….saat bahagi imah bila dapat…..tgk ayah sujud…..bila?????


Kirim Komen