25 Julai 2008 pada 2:49 pm (Uncategorized)
SALAM..
Saya adalah orang yang paling terkejut apabila satu malam di TV 1 HAMIDAH HAMZAH bertudung. Saya berkali-kali melihat di tv adakah betul itu Hamidah yang saya tengok setiap malam dengan rambut palsunya. Keesokkan saya ke pejabat bertanyakan kawan-kawan adakah melihat semalam Hamidah pakai tudung , rupa-rupanya kawan semua tak tengok. Tepi selang tak berrapa hari maka keluarlah berita pasal tu. Saya cukup bersyukur dengan perubahan ini, sbb tidaklah lagi mulut ini setiap kali tengok Hamidah dengan rambut palsu di tv rasa tak puas hati.
Tahniah Hamidah,ini adalah ucapan yang layak diberi kerana beliau adalah pembaca berita wanita yang pertama yang memakai tudung di TV 1(RTM) semenjak 62 tahun yang lalu penyiarannya di Malaysia. Tahniah sekali lagi. Saya difahamkan bahawa Hamidah sudah memakai tudung selama 3 tahun tetapi terpaksa membuka tudung apabila hendak ke udara.. kesian Mid.. Inilah Malaysia yang mengamalkan Islam Hadhari. Sedangkan menutup aurat adalah wajib dalam Islam seperti dalam ayat Al-Quran surah Al-Ahzaab ayat 59.
Tanggal 18 April 2008 menjadi sejarah dan kenangan terindah buat umat Islam di Malaysia dan Hamidah kerana dibenarkan membaca berita dengan bertudung. Saya juga berharap ramai lagi rakan dan kawan kita yang masih tidak menutup aurat haruslah segera menurut perintah Allah dan Ingat kematian tidak menunggu sesiapapun. Oleh itu segeralah berubah demi kebaikan dunia dan akhirat.
Tahniah juga untuk Hamidah kerana hari Ahad ini akan bergelar isteri di usia 43 tahun. Tahniah semuga mahliga yang dibina sentiasa bahagia hingga akhir hayat. Saya juga ber doa muga ujian-ujian yang dilalui semenjak bertudung anggaplah itu asam garam apabila kita buat sesuatu yang baik.
4 komen
25 Julai 2008 pada 3:33 am (Uncategorized)
Tags: Umum
SALAM..
Hari saya rehat kat rumah,tak tahu rasa malas dan letih sangat, tapi hari ni lega sikit kepala nak tahu kenapa??? sbb MUZAKARAH dah menjadi MUQABALAH. Apabila timbul perkataan MUZAKARAH ingatanku makin kuat untuk aruah suamiku, apa tidaknya ingat lagi kata-katanya masih saya ingat walaupun dah bertahun-tahun berlalu. Kata-katanya:”‘KALAU PAS-UMNO NAK MUZAKARAH TAK PAYAH(TAK PADAN) TOK GURU NIK AZIZ PADAN DENGAN AMBA JAH SETAKAT NAK LAWAN UMNO” Oleh itu apabila timbul masalah ini bagi saya ini adalah isu yang lapuk sebab kenapa sekarang baru nak Muzakarah kenapa sebelum ini tak mahu walaupun PAS secara terbuka mengajak untuk muzakarah. Berkali-kali apabila aruah ceramah mengulangi cabaran beliau .Tapi kenapa sekarang isu ini digembar-gemburkannn?? Ke ada UDANG DI SEBALIK BATU????
saya melihat dengan timbulnya isu ini sedikit sebanyak isu yang utama negara dan dunia tentang kenaikan HARGA MINYAK reda sikit. Apapun yang berlaku kita semua sedar bahawa semua ini adalah sandiwara politik Malaysia . salam
Tinggalkan Komen
22 Julai 2008 pada 3:34 pm (Uncategorized)
Tags: AL-QURAN
SALAM..
“ WAHAI NABI, SURUHLAH ISTERI-ISTERMU DAN ANAK-ANAK PEREMPUANMU SERTA PEREMPUAN-PEREMPUAN YANG BERIMAN, SUPAYA MELABUHKAN PAKAIANNYA BAGI MENUTUP SELURUH TUBUHNYA( SEMASA MEREKA KELUAR ); CARA YANG DEMIKIAN LEBIH SESUAI UNTUK MEREKA DIKENAL( SEBAGAI PEREMPUAN YANG BAIK-BAIK ) MAKA DENGAN ITU MEREKA TIDAK DIGANGGU. DAN ( INGATLAH ) ALLAH ADALAH MAHA PENGAMPUN, LAGI MAHA MENGSIHANI. ( Al- Ahzaab : 59)
Di dalam al-Quran dengan jelas tentang pakaian menutup aurat bagi membezakan yang beriman dan yang baik…. tapi kenapa????????????????? masih ada yang terang-terang menentang suruhan Allah. Oleh itu kita sama-sama buat yang terbaik untuk bahagia di akhirat kelak.
Tinggalkan Komen
22 Julai 2008 pada 3:15 pm (Uncategorized)
SALAM..
Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: “ADA DUA MACAM PENDUDUK NERAKA YANG KEDUANYA BELUM KELIHATAN OLEHKU. 1. KAUM YANG MEMILIKI CAMBUK SEPERTI EKOR (SAPI)LEMBU,YANG DIPERGUNAKANNYA UNTUK MEMUKUL ORANG. 2. WANITA-WANITA BERPAKAIAN, TETAPI SAMA JUGA DENGAN BERTELANJANG( KERANA PAKAIANNYA TERLALU PENDEK(MINIM), TERLALU NIPIS ATAU TEMBUS PANDANG, TERLALU KETAT ATAU PAKAIAN YANG MERANGSANG LELAKI(PRIA) KERANA SEBAHAGIAN AURATNYA TERBUKA), DAN WANITA-WANITA YANG MUDAH DIRAYU ATAU SUKA MERAYU, RAMBUT MEREKA(DISASAK) BAGAIKAN PUNUK UNTA. WANITA -WANITA TERSEBUT TIDAK DAPAT MASUK SURGA, BAHKAN TIDAK DAPAT MENCIUM BAU SURGA. PADAHAL BAU SURGA DAPAT TERCIUM DARI JARAK YANG SANGAT JAUH”
Hadith
Maka fikirrrrkanlah apakah yang kita pakai wahai muslimat semau menepatikah dengan yang Allah suruh. Saya rasa hadith ini cukup penting sekali kerana warga kita sekarang ini tidak mengikut apa yang dikehendaki oleh Allah.. dengan tidak bertudung, pakai pakaian nampak pusat …. kalu boleh nak suruh nampak semua…
1 Komen
22 Julai 2008 pada 2:40 pm (Uncategorized)
Tags: HADITH
SALAM…
Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah swa. bersabda: ” SIAPA YANG BERKERAS HATI MELAKSANAKAN SUMPAHNYA, PADAHAL MEMBAHAYAKAN BAGI KELUARGANYA, MAKA TINDAKAN ORANG ITU LEBIH BESAR DOSANYA DI SISI ALLAH DARIPADA DIA MEMBAYAR DENDA YANG DIWAJIBKAN ALLAH”
Maka fikirrrrlah semua..
Tinggalkan Komen
22 Julai 2008 pada 11:30 am (Uncategorized)
Salam,
Hari ini saya balik awal sebab mesyuarat cuma satu yang berlaku dan satu lagi ditunda kemalam. Inilah kerjaku. Syukurlah kepada Allah ari ni dapatlah saya melawat tok penghulu yang sakit Angin Ahmar dah nak hampir setahun. Saya ini terlalu sibuk jadi ari ni dapatlah luangkan masa bersama keluarganya. Masa saya sampai tukang urut sedang mengurutnya di atas katil…. rupa-rupanya tok penghulu makin tak sihat dan makin lemah nak buat apa pun tidak mampu lagi..terpaksa berurut di atas katil,
Saya cukup bangga dengan sikapnya begitu juga keluarga yang baik dan berbudi. Walau pun beliau dalam keadaan begitu beliau masih lagi mengambil peduli tentang minuman kesukaanku..nak tahu???? air batu kosong. Beliau masih lagi mampu menyuruh anaknya beli ketul ais untukku..saya rasa cukup sayuu sangat. Muga Allah meringgankan beban derita sakitnya.
Palingku tak tahan apabila isterinya setiap kali bercakap menangis-menangis…. ini dapat saya rasakan bagaimana rasanya apabila suami tercinta sakit, ini kerana saya pernah alami apabila suami sakit 40 hari berumah di hospital… yang dapat meringgankan rasa sedih dengan air mata. Tapi tak pernah lupa ini adalah ujian Allah untuk hambanya.
Muga semua kita yang ditimpa musibah/penyakit sabar dan redha dengan ketentuanNYA. Harapan keluarga tok penghulu tabah dalam menghadapi ujiaan ini. Aminn
1 Komen
19 Julai 2008 pada 5:21 pm (Uncategorized)
SALAM,
Pada malam ni tergerak hati saya hendak menceritakan tentang pengalaman belajar di Lubnan. Ini bukan apa , apa bila setaip malam ada berita tentang pergolakan di sana. Lubnan adalah sebuah negara yang cantik dengan persisr pantai yang indah dan apabila musim bunga alangkah indahnya, tiba musim sejuk semua orang dapat rasakan betapa sejuk dengan salji melitupi gunung dan lurah, musim luruh semua pokok tidak berdaun dan musim panas ooohh PANASSSNNYYAA..
Setahun saya di sana cukup aman dan bahagia sebab tidak ada pun pergolakan dan perperangan. Syukur pada Allah. Tapi lepas saya balik ke Malaysia Lubnan berperang sampailah sekarang..sedih sangattt. Kenapa jadi begini?
Saya cukup kagum dengan orang Lubnan yang sangat baik dengan kami, saya belajar di sana seramai lima orang. Kami dilayang cukup baik. Sampai sekarang masih tidak boleh lupa dengan kebaikan yang ikhlas yang mereka tunjukkan. ” Ingat lagi masa saya mula sampai kat sana cari tempat atau kedai talipon untuk pangilan ke Malaysia, dalam duk mundar mandir tu maka terjumpalah seorang wanita cantik…maka kami tanya di mana kedai talipon..nak tahu tak ke mana wanita ini bawa kami…ke rumah dia… kahh..kahhh. kami mati-mati ke kedai talipon, ini bukan salah wanita itu tapi salah kami yang tidak pandai cakap arab.. maklumlah baru sampai macam itik dangan ayam bercakap tak faham apa-apa. Tapi yang seronoknya di rumah dia kami di jamu dengan buah epal dan air oren. Ahmdulillhhh…okk setakat ini dulu akan disambung lagi dengancerita-cerita yang menarikkk..salamm
1 Komen
17 Julai 2008 pada 4:15 pm (Uncategorized)
Salam,
Hari ini macam biasa, saya berkerja dan sentiasa sibuk dengan mesyuarat, tapi dalam sibuk kadang-kadang kita tidak pernah terfikir bahawa ada orang yang tidak seperti keluarga saya. Saya mempunyai keluarga yang bahagia. Mak yang cukup saya sayangi dan arwah ayah tidak ada tandingnya. Ayah sentiasa dalam ingatan dan disayangi.
Saya ingin kongsi masalah ini dengan tuan puan semua. Kalau ada AYAH, ABI, PAPA, DADDY, BABA, WALID, ABAH…cuma tahu tambah isteri, nafkah isteri-isteri tidak diberi, solat lima(5) waktu tidak di tunaikan jauh sekali untuk solat Jumaat , minum tuak masam jadi amalan, makan pil kuda, pernah di penjara kerana disyaki mengedar pil kuda , puasa jauh sekali … oleh itu PENTINGKAH AYAH, ABI, PAPA, DADDY, BABA, WALID, ABAH…KALAU begini sikap dan tingkahlaku…
Saya sangat berharap pendangan dan nasihat dari tuan puan untuk keluarga yang terpaksa menanggung penderitaan ini. Anak-anaknya terlalu sedih akibat penderitaan yang dialami dan yang paling anak-anaknya menangis setiap masa apabila membayangkan saat ketika ajal menemui ayahnya nanti.
Oleh itu, kita semua haruslah menjadikan agama itu yang utama bagi mengelakkan berlakunya perkara maksiat yang dimurkai oleh Allah. Saya sangat berharap moga anak-anaknya tabah menghadapi ujian yang besar ini..”SABAR SEPARUH DARI IMAN”
1 Komen
16 Julai 2008 pada 3:53 pm (Umum)
Semua kita,siapa kita,di mana kita, ke mana kita yang dicari adalah kebahagiaan..tapi kebahagiaan bagaimana???. Di sini saya tuliskan sisipan untuk tatapan semua bagi sama-sama kita dapat sedikit ilmu tentang kebahagiaan sebenar…
Kebahagiaan sebenar dapat kita capai dengan adanya kesepaduan aspek keagamaaan dan keduniaan. Seorang penyair dalam syairnya yang bermaksud:
“Alangkah bahagianya apabila berkumpul agama dan dunia pada diri seseorang dan alangkah celakanya apabila berkumpul kekufuran dan kerugiaan pada diri seseorang.”
Bagi Aristoteles (394-322 S.M) tujuan akhir dari setiap perbuatan manusia adalan mencari kebahagiaan. Terdapat tiga(3) unsur yang membahagiaankan manusia:
1. Sihat Tubuh Badan
2. Selesa Tempat Tinggal
3. Ketenangan Jiwa (Sejahtera Jiwa)
Ini mengikut Aristoteles tapi ada juga yang beranggapan berikut:
1. Kekayaan Harta
2. Anak Yang Ramai
Adakah ini kebahgiaan sebenar??????
2 komen