Salam…
Manik Urai sekarang menjadi tempat yang paling top. Sekarang ada banyak bendera di tepi-tepi jalan cukup meriah. Sekarang juga rumah-rumah yang tidak didiami adanya orang yang menyewa…jadilah orang kaya segera bagi yang banyak rumah-rumah sewa. Sekarang juga kedai-kedai makan dan runcit semua ada peminat masing-masing. sekarang juga kedai lemang makin laku jualan dan semuanya hidup dengan adanya PRK Manik Urai penamaan calon 6.7.09 dan mengundi pada 14.7.09.
Sekarang juga nampak khemah putih banyak. Sekarang juga nampak persiapan untuk warga polis bertapak sepanjang PRk MU. Sekarang juga MU tiba-tiba hidup dan meriah dengan adanya ceramah dari parti-parti bertanding terutama PAS dan BN.
Sekarang jugalah kita dengar tentang pembangunan ,pembangunan,pembangunan inilah perkara yang jadi produk utama untuk pancing undi oleh BN.Sekarang jugalah isu ini dibawa semenjak BN memerintah lebih kurang 60 tahun. Kita kena tanya adakah orang atau pengundi MU masih mahu membeli produk lama dari BN?
Sekarang jugalah kita sama-sama berganding bahu berjuang untuk merpertahankan pimpinan Ulama dan mempertahankan MU.
Allah yang Maha Berkuasa atas segalanya.
Manik Urai….
22 Jun 2009 pada 4:20 am (Uncategorized)
Tags: politik
Dr. Fathi Yakan Dalam Kenangan
14 Jun 2009 pada 8:45 am (Uncategorized)
Salam…
Lama sungguh saya tidak menulis, tapi hari ini adalah hari yang cukup sedih dan terkejut kerana ayah angkat saya kat Lubnan telah meninggal dunia. Semalam saya terima sms mengatakan Dr. Fathi sudah meninggal tapi saya tidak percaya dan saya cuba hubungi pensyarah dan adik angkat saya di sana tidak berjawab……Syukur pagi ini saya membuat panggilan alhmulillah dapat bercakap dan mengesahkan berita ini..Sedih sangat…bercakap sekejap dah terputus…
Apabila berita ini disahkan saya rasa baru semalam kami bersamanya. Terus saya tengok gambar-gambar yang kami ambil bersama aruah sepanjang setahun belajar di Lubnan iaitu Universiti Jinan kepunyaan aruah.
Mula-mula sampai di lubnan kami jumpa aruah di pejabatnya,ingat lagi aruah bawa bekas gula-gula bagi kepada kami dan setiap pagi kami berjumpa dengan aruah dan beliau akan menegur kami. Beliau tidak sombong jumpalah di mana pun pasti tegur kami.
Kalau kami tertinggal bas ke universiti beliau menyuruh pemandunya menghantar dengan kereta mercedesnya. Inilah seorang insan yang disegani.
Di Lubnan beliau terkenal dan disegani, keluarganya baik sangat terutama isterinya Dr. Muna yakan.beliau ada anak 4 perempuan seorang lelaki( Salim). Semua anak-anaknya bekerja di Universiti Jinan.
Semoga rohnya dicucuri rahmat. amin ( al.fatihah)
Wanita Mukmin dan Kafir Tidak Sama
12 Februari 2009 pada 5:15 am (politik, tazkirah, ilmu, tarbiyah)
Tags: tazkirah
Salam..
Dunia sekarang sudah banyak berubah, walaupun apa yang mausia buat semuanya bercanggah dengan ketentuan Allah, tetepi manusia yang Allah cipta boleh lalai, lupa dari mana asal kita sebenarnya. Oleh itu sedarlah tiada suatu kegembiraan pun yang kekal bagimu dan tiada suatu kesedihan pun dapat mengembalikan kepadamu sesuatu yang telah hilang.
Wanita Muslimah beriman,takut kepada Allah, berinfaq,berpuasa,mendirikan solat, menutup aurat, taat kepada suaminya,baik kepada tetangganya dan berkasih sayang terhadap anak-anaknya. Alangkah berbahagianya dan baginya adalah ketenangan, keredhan dan pahala yang besar dariNya.
Firma Allah Subhanahu wa Ta’ala:
‘ Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah kamu bersedih hati,padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi(darjatnya) jika kamu orang-orang yang beriman. ( Ali-Imran:139)
Oleh itu kita sebagai muslimah cuba menilai,mengira,meneliti adakah kita tergolong sebagai muslimah Islam yang dikehendaki oleh Allah seperti kreatiria di atas?
Wanita kafir suka mempamerkan kecantikannya dengan solekan jahiliyyah, naif, suka mempamerkan pakaian bagaikan barang yang tidak laku lagi murahan, tidak benilai sama sekali, tanpa mempunyai kerhormatan dan tidak mempunyai agama.
Jadi bandingkanlah antara kedua fenomena dan gambaran tersebut diatas nescaya anda akan dapat menilai dimana anda sebenarnya….melakukan solat tetapi masih melakukan perkara yang diharamkan oleh Allah seperti membuka aurat dan yang paling ketara yang bergelar hajjah tetap membuka aurat tapi semasa di Mekah tutup lintup seurat rambut pun tak nampak takut tak sah tawaf dan sebaginya.
Oleh itu wahai wanita yang masih waras fikirlah masak-masak kemanakan tujuan sebenarnya ..Cuma Di Dunia saja atau Sampai Akhirat iaitu yang utama SYURGA ATAU NERAKA.
BANGUNKAN ISTANA DALAM SYURGA BUAT MU
12 Februari 2009 pada 2:15 am (Uncategorized)
Salamm..
Muga kita semua diberkati dan diredhai Allah sentiasa. Syurga adalah idaman semua mausia tapi adakah kita berusaha untuk mencapai apa yang kita idamkan? Tepuk dada tanya hati.
Kita perhatikanlah bertapa banyak generasi yang berlalu. Adakah mereka pergi membawa harta-benda mereka? Membawa istana-istana mereka? Pangkat serta kedudukan mereka? Apakah mereka dikuburkan dengan emas permata mereka? Apakah mereka berpindah ke akhirat dengan kereta-kereta dan pesawat-pesawat mereka? Maka sekali-kali TIDAKKKKK…..Bahkan mereka ditelanjangi dari baju dan penutup, dimasukkan dengan kain kafan ke liang kubur, kemudian mereka ditanya: “ Siapakah Tuhanmu? Siapakah nabimu? Apakah agamamu?
Oleh kerana itu bersiap-siaplah dan bekalilah kita semua untuk menghadapi hari itu. Janganlah kita bersedih hati atau kecewa kerana kehilangan sesuatu dari harta duniawi, kerana ’sesungguhnya harta duniawi adalah barang yang tidak bernilai dan pasti akan lenyap selain amal soleh’.
Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman:
” Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.( Surah an- Nahl: 97)
MENUJU KAABAH
11 Februari 2009 pada 8:08 am (pengalaman)
Salam..
Syukur kepada Allah pada 2008 saya terpilih menunaikan haji. Ini adalah haji dan umrah yang pertama. Setiap kali tiba musim haji hati ini cukup terasa apabila kawan-kawan , sahabat handai dll pergi ke Mekah. Masa inilah terfikir bilalah sampai masauntuk saya ke sana. Ini kerana saya masih ingat lagi pada mula-mula belajar menabung masa tu kelas(darjah) tiga nak tahu pada tahun berapa? iaitu tahun1976 sudah pasang niat menabung bukan untuk lain hanya untuk ke Mekah. Dari situlah hati ini sentiasa berazam untuk menabung tapi hanya Allah mengizinkan ke Mekah pada tahun 2008. Syukurrrrrr.
Saya bertolak ke mekah pada 20/11/2008 ,penerbangan saya ke Mekah melalui penerbangan terus Terangganu- ke Jeddah ini adalah tahun pertama jemaah haji ada penerbangan terus yang dikendalikan oleh MAS. Pejalanan saya ke Jeddah 8 jam 30 minit. saya berihram di Terangganu lagi.
Sebelum subuh kami sampai di Jedah dan bertolak ke Mekah dengan bas 1 jam 30 minit sampai ke Mekah dan solat Subuh. Kami semua berniat Ihram atas kapal. Kami tinggal di Maktab 78 di Hotel Qurtubah Barakat. Syukur kami adalah jemaah haji kira paling dekat dengan Masjid Haram. Kami jemaah muassah. Kami tidak dibenarkan ke masjid sehinggalah dibawa oleh pihak Muassah. Maka kami di bawa ke masjid ikut beramai-ramai.
Kami masuk ikut pintu 79 , saya berjalan terus orang yang membawa kami , mula-mula masuk masjid sukanya hati ini kerana masjid yang selalu ditengok di TV dan gambar-gambar selama ini saya sudah masuk dan tengok sendiri. Masa berjalan untuk Tawaf waktu inilah hati ini terdetik inikah Kaabah? Ya Allah Kabaah sekarang didepanku..tidak boleh gambar macam mana waktu itu.
Pada keliling pertama Tawaf inilah hatiku sebak tidak terkata cuma linaangan air mata yang keluar begitu laju setiap keliling, kerana saya bersyukur kepada Allah dengan rezki yang diberi dan terpaksa berjimat bertahun-tahun kerana semata untuk Ke Mekah. Juga niat saya untuk ke Mekah di usia 40 han Allah makbulkan.. syukurrrrrrr. air mata masih lagi laju apabila boleh solat sunnat Tawaf depan Makam Ibrahim..
Rombongan kami sudah terpisah semuanya . Saya bersama teman berdua terpaksa mencari-cari di mana untuk Saie Safa-Marwah nasib baik saya pandai cakap arab sikit maka jumpalah tempat Saie. Syukurrr maklumlah pertama kali ke Masjid Haram. apabila sudah Saie saya bergunting maka selesailah umrah saya. Menuju Kaabah saya telah berhasill. Alhamdulillah.
Saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih pada semua pihak yang membantu dan menolong saya menunaikan haji terutama Kak Nab( Cikgu Che Nab) dan Abang Mat yang menjadi mahram saya, terima kasih atas segala-galanya . Rakan sebilik mak cik hindun, cikgu madihah, kak yah dan kak cik saya mohon maaf semuanya. Buat kawan yang bernama CiKgu Salina Nani terima kasih.
Terburuk dalam Sejarah?
11 Februari 2009 pada 5:33 am (Umum)
Salam…
Saya harap muga semua sihat dan bertenang dengan isu-isu yang hangat sekarang ini. Sudah lama tak menulis bukan apa baru balik Mekah.Hari ini rasa pulak nak menulis sebab melihat mangsa kebakaran di Australia semakin meningkat hari ke hari dan hari ini dilaporkan 181 orang yang terbunuh dan dijangka akan terus meningkat. Perdana Menteri Kevin Rudd menganggapkan kebakaran ini sebagai kejadian “pembunuhan beramai-ramai” dan beliau juga berkata, Kebakaran terburuk dalam sejarah Australia dan juga mengatakan “ Penduduk Victoria telah didatangi neraka dengan segala kemusnahan dalam tempoh 24 jam.”
Sekarang sudah lebih 750 rumah musnah dan keluasan 3,500 kilometer persegi belukar terbakar termasuk 20 bandar musnah sama sekali. Anggota bomba yang bertugas seramai 3,400 orang. Dianggap 20 peratus kebakaran ini adalah perbuatan khianat atau disengajakan dan sesiapa yang didapati bersalah akan dituduh membunuh.
Apabila melihat perdana menteri berucap begitu sedih dengan apa yang berlaku tersentuh hati saya. Dengan tiba-tiba teringat ada pepatah mengatakan” API SEMASA KECIL MENJADI KAWAN DAN BILA BESAR MENJADI LAWAN” . Oleh itu kita sama-samalah berdoa semuga kebakaran ini dapat dipadamkan. Dalam masa yang sama apa yang berlaku PERAK juga Terburuk Dalam Sejarah Malaysia.
Neraka yang disebut oleh Perdana Menteri Australia itu kita tahu jauh bezanya dengan yang sebenar kita sudah tidak dapat mengawalnya apa tah lagi Neraka yang sebenar tidak ada yang dapat menolong kita. Oleh itu kita semua sentiasalah mohon keampunan dari Allah.
MUSIM HAJI
13 November 2008 pada 7:05 am (Umum)
Salam ..
Saya berharap semua pembaca sihat dan diberkati serta diredhai Allah. Kita semua tahu tak lama lagi kita akan menyambut hari raya haji( raya korban). sekarang ini semua orang yang berkemampuan sibuk mencari lembu untuk dikorbankan. muga semua amalan kita diterima Allah.
Sekarang ini sibuk ziarah orang pergi haji( menunaikan haji ke Mekah) . Seronok dan bersyukurnya pada Allah bagi orang yang dapat pergi buat haji. Tapi bagi yang tidak dapat muga-muga tahun depan dapat pergi. Kita semua tahu untuk pergi haji syarat utama ialah KEMAMPUANAN. Oleh ini kepada yang tidak mampu lagi muga berusaha dan InsyAllah muga dimakbulkan Allah.
Kemampuan ini melibatkan semua kita dengan Allah dan Manusia . oleh itu semuga yang dapat menunaikan haji tahun ini mendapat HAJI MABRUR. INSYALLAH.
Di sini saya mohon kepada semua pembaca yang mengenali saya mohon maaf andai ada salah silap dan doakan keselamatan,kesihatan,kemudahan saya serta mendapat haji mabrur. InsyAllah saya akan bertolak ke Mekah Pada 22 zulkaedah 1429h/ 20 Nov 2008. Maaf semua
GANJARAN BESAR PUASA ENAM SYAWAL
7 Oktober 2008 pada 2:24 am (Uncategorized)
Tags: tazkirah
SALAM….EID MUBARAK
Syukur kerana kita semua sudah berjaya berpuasa sebulan di bulan Ramadhan dan menyambut raya dengan penuh meriah. Di sini saya mengharapkan kita semua dapat menunaikan puasa 6(enam) Syawal kerana ganjarannya besar.
” Sesiapa berpuasa sepanjang Ramadhan, kemudian diikuti dengan puasa enam hari Syawal, maka seakan-akan dia berpuasa selama satu tahun” ( Muslim, Abu Dawud, An-Nasa’i dan Ibnu Majah)
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Allah telah mengandakankan setiap kebaikan dengan sepuluh kali ganda. Puasa Ramadhan setara dengan berpuasa sebanyak sepuluh bulan. Dan puasa enam hari Syawal yang mengenapkannya satu tahun.” ( Riwayat An-Nasa’i dan Ibnu Majah)
Hadis ini mempamerkan bahawa ganjaran diberikan Allah itu sepuluh kali ganda. Ini bermakna jika kita berpuasa selama 30 hari pada Ramadhan, maka digandakan menjadikan 300 hari, manakala puasa enam hari Syawal digandakan menjadi 60 hari. Ganjaran Allah adalah sebanyak 360 hari.
Puasa Enam Syawal boleh dilakukan dengan pelbagai cara iaitu seperti berikut:
> Sebahagian ulama berpendapat puasa enam boleh dilakukan secara berselang-seli.
> Majoriti ulama berpendapat puasa enam dilakukan secara berturut-turut selepas hari raya.
Berikut pula cara bagaimana seseorang hendak mengada puasa di bulan Syawal ada berberapa pendapat iaitu:
> Pendapat pertama mengatakan adalah memadai seseorang yang ingin melakukan puasa qada dan puasa enam dengan berniat hanya puasa qada pada Syawal. Mereka akan mendapat dua ganjaran sekali gus dengan syarat dia perlu berniat puasa qada terlebih dahulu.
> Pendapat kedua ialah jika seseorang melakukan kedua-duanya secara berasingan akan mendapat kelebihan di sisi Allah.
> Sesetengah ulama berpendapat bahawa puasa enam seharusnya didahulukan kerana ia hanya boleh diamalkan pada bulan sywal sahaja.Bagi puasa qada , ia boleh dilakukan dalam tempoh 10 bulan berikutnya sebelum tibanya Ramadhan berikutnya.
Oleh itu saya menyeru pada semua tunaikan puasa enam syawal ini….
KENANGAN RAYA KAT LUBNAN
30 September 2008 pada 4:42 pm (luahan hati)
Tags: pengalaman
Salam idul fitri..
Salam pada semua dan selamat menyambut hari raya dan mohon maaf atas segala salah silap. Lama saya tak menulis rasa malam raya ini rasa nak menulis pulak..bukan apa rasanya cuma kenangan raya kat Lubnan menjadi kenangan yang selalu bermain difikiran apabila setiap raya tiba.
Berpuasa di Lubnan cuma kami berdua ( saya dan Syima’) di Tripoli Lubnan tapi hidup mewah sepanjang Ramadhan bukan apa kami dapat banyak barang sedekah dari masyarakat arab di situ. Kami sepanjang Ramadhan jarang makan kat rumah sebab banyak jemputan berbuka.
Apabila Ramadhan berlabuh..Syawal tiba ini adalah kali pertama saya beraya tanpa keluarga. Hanya Allah saja yang tahu pada pagi raya. kami solat raya kat masjid dan masa lepas solat inilah hati cukup sayu kerana tiada tempat nak pergi, kalau kat kampung jalan rumah sanak saudara. tapi di sini rumah semuanya bertingkat-tingkat. Dengan langkah lesu di pagi raya nak balik rumah terjumpa dengan pelajar di universiti yang kami belajar dia jemput kami ke rumahnya..rupa-rupanya maknya masih tidur maklumlah beranak kecil. Di sini kami dihidang susu lembu segar campur dengan kopi Alhamdulillah..
Balik rumah rehat sepanjang hari dan malam dijemput ke rumah mak angkat maka terrasalah kemeriahan raya balik pukul 12 malam…perut he..hee maklumlah makanan arab. Esoknya pagi-pagi lagi kami dijemput oleh mak dan abang Imad Lubnan beraya di rumah dia dan di Lubnan inilah kami dibawa ke pantai beraya kat pantai. Seronok jugak sambil makan kat pantai.. Ada jugak orang cara dan layan kami dengan baik.
Oleh setiap kali tiba Syawal kenangan raya kat Lubnan rasa baru semalam.. SELAMAT HARI RAYA UNTUK SEMUA MUSLIMIM DAN MUSLIMAT DI MANA BERADA MOHON MAAF DARI SAYA.
16 SEPTEMBER REALITI ATAU FANTASI???
10 September 2008 pada 1:57 pm (Uncategorized)
Tags: politik
Salam..
Enam hari lagi 16. Sep.08. Inilah berita yang tidak habis diperkatakan. Sekarang ini dikalutkan dengan isu perkauman yang ditimbulkan oleh Datuk Ahmad Ismail dan keputusan yang dibuat oleh Umno digantung keahlian selama 3 tahun . Begitu juga kita banyak menbincangkan tentang lawatan 49 MP BNBBC ke Taiwan. Apa pun yang berlaku adalah fokus pada 16 September 2008.
Hari ini pula DSAI ke mahkamah sebab kes tuduhan liwat tapi 24 Sep. pula sebutan kesnya. Oleh ini hati ini tertanya-tanya adakah 16 September 2008 PAKATAN RAKYAT ambil alih kuasa menjadi REALITI ATAU FANTASI???? Oleh itu sama-samalah kita tunggu dan lihat…